Pages

Saturday, August 27, 2016

Xi Jinping Adakan Tinjauan di Ningxia

Presiden China, Xi Jinping telah membuat tinjauan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia pada 18 hingga 20 Julai lalu.

\

Xi telah mengunjungi rumah keluarga Ma Kejun, penduduk Kampung Yangling Kaunti Jingyuan bandar Guyuan Ningxia dan berbual-bual mesra dengan penduduk tempatan pada petang 18 Julai lalu.


Selain itu, Xi turut melawat dan bertemu dengan penduduk Kampung Yuanlong Kaunti Yongning bandar Yinchuan, ibu kota wilayah Ningxia pada pagi 19 Julai lalu.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/21/122s163812.htm

Monday, August 22, 2016

14,500 Umat Islam China Tunai Fardu Haji ke Mekah

Seramai 14,500 penganut agama Islam China bakal menuju ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardu haji. Penganut yang berasal dari Henan, Mongolia Dalam, dan Hebei bertolak dari Beijing hari ini.

Menurut maklumat berkenaan, setakat Jumaat lalu, seramai 11,000 penganut Islam China telah tiba di Madina, Arab Saudi dengan menaiki 37 pesawat carter.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negara China, Zhang Yantong ketika mengucapkan selamat jalan kepada umat Islam China di lapangan terbang Beijing menyatakan bahawa jabatannya bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasaan yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada penganut Islam China agar memudahkan perjalanan mereka.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/20/26s164432.htm

Wednesday, August 17, 2016

Forum Kedamaian Dunia Dibuka Tirainya


China, selaku pembina perdamaian dunia, penyumbang kepada perkembangan sejagat dan pelindung orde antarabangsa yang saksama dan wajar, bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara untuk mencipta masa depan yang kekal damai dan makmur bersama.

Harapan itu diluahkan Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong ketika berucap pada Forum Kedamaian Dunia ke-5 yang diadakan di Universiti Tsinghua, Beijing hari ini.
Yandong berkata, kedamaian dan pembangunan merupakan matlamat utama yang dikejar bangsa 

China sejak sekian lama. China sentiasa menempuhi jalan pembangunan yang damai, melaksanakan strategi pembukaan yang saling menguntungkan, memperluas penjalinan ikatan muhibah dengan pelbagai negara, dan proaktif menunaikan kewajiban antarabangsa.

Forum itu bertemakan "Orde Keselamatan Bersama: Bekerjasama, Inklusif, Terbuka" dan dilancarkan sepadan dengan situasi semasa dan permintaan pembangunan.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/16/125s163730.htm

Friday, August 12, 2016

CRI Bantu Tubuhkan Dua Kolej Komunikasi Antarabangsa di Yunnan


Universiti Yunnan dan Universiti Minzu Yunnan masing-masing menubuhkan satu Kolej Komunikasi Antarabangsa Asia Selatan dan Asia Tenggara di bandar Kunming, hari ini, atas sumbangan Radio Antarabangsa (CRI) dan pihak berkuasa provinsi Yunnan.


Presiden CRI, Wang Gengnian pada upacara pelancaran dua kolej tersebut menyatakan bahawa kedudukan Yunnan yang strategik menyebabkan ia berperanan sebagai satu hab dalam pelaksanaan dasar buka pintu terhadap kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Oleh hal yang demikian, penubuhan dua kolej berkenaan bermakna strategik untuk mempergiatkan usaha komunikasi antarabangsa.

Beliau berharap agar kedua-dua kolej tersebut dapat menjadi tempat bermulanya pembangunan modal insan yang mengutamakan pengkajian terhadap budaya, bahasa, negara-negara dan teknik pemberitaan.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/15/125s163719.htm

Sunday, August 7, 2016

Rundingan Keqiang dengan Pemimpin EU


Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan dengan Presiden Majlis Eropah, Tusk dan Presiden Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU), Juncker di Dewan Kongres Rakyat, Beijing pada pagi 13 Julai lalu.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai pembinaan proses integrasi Eropah, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan EU dan wajib EU yang terkandung dalam fasal 15 " Protokol China Menganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia" serta hal-ehwal serantau dan antarabangsa yang diberi perhatian bersama.


Li Keqiang menyatakan, pihak China akan sentiasa memberi sokongan kukuh kepada proses integrasi Eropah, bersikap positif terhadap kemakmuran dan kestabilan Kesatuan Eropah (EU) serta yakin EU akan mendapat perkembangan baru melalui pembaharuan. Ini pun selaras dengan kepentingan bersama China dan EU. Pihak China bersudi bekerjasama dengan EU dan berusaha dengan sedaya upaya untuk memelihara kedamaian dan kemakmuran dunia supaya dapat mendorong pembangunan dan kemakmuran bersama.

Menurut Tusk dan Juncker, hubungan China dan EU kelihatan semakin mantap dan strategik dengan pengaruhnya semakin meluas ke lingkungan sejagat. EU mangambil berat kepada perkongsian strategi dan kerjasama pragmatik dengan China. Isu oversupply keluli merupakan isu sejagat, dan juga pernah dialami Eropah. Pihaknya menghargai tindakan berkesan yang diambil China mengenai isu tersebut dan berharap agar bersama dengan pihak China berdasarkan persahabatan mencari pakej penyelesaian yang bersifat membina. Selain itu, pihaknya akan memegang janjinya dan bersungguh-sungguh mengadakan perbincangan untuk menjalankan kewajibannya yang terkandung dalam fasal 15 Protokol berkenaan.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/14/125s163699.htm

Tuesday, August 2, 2016

Dua Lagi Lapangan Terbang di Kepulauan Nansha Siap


Beijing berjaya mengadakan ujian penerbangan di dua lapangan terbang baharu yang dibina di Terumbu Meiji dan Terumbu Zhubi di kepulauan Nansha semalam.


Dilaporkan, pesawat penumpang Airbus A319 milik China Southern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan di Haikou pada pukul 8.30 Rabu lalu dan mendarat di Terumbu Meiji dua jam kemudian, manakala pesawat Boeing 737 milik Hainan Airlines yang diberi tugas untuk melakukan ujian penerbangan dua jam itu mendarat di Terumbu Zhubi. Kedua-dua pesawat penumpang tersebut pulang ke Haikou selepas singgah seketika di destinasi berkenaan.


Pada masa ini, China mempunyai tiga buah lapangan terbang di Kepulauan Nansha termasuk di Terumbu Yongshu yang baru beroperasi Januari lalu, yang semuanya dibina dan digunakan untuk tujuan awam.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/14/125s163695.htm