Pages

Thursday, May 28, 2015

Pasaran Produk Halal China Berpotensi Besar


Pasaran produk halal di China yang mencatatkan pengeluaran bernilai USD 1 trilion setiap tahun, berpotensi besar untuk diterokai.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Halal Teluk (GHC), Asad Sajjad ketika menghadiri latihan pensijilan halal antarabangsa yang diadakan sempena Pameran Makanan dan Produk Halal Antarabangsa Qinghai China pada 17 Mei lalu.

Lebih 20 juta orang umat Islam, yang menduduki lebih 70% jumlah penganut Islam di China, tinggal di bahagian barat laut negara ini. Walaupun industri halal di China mengekalkan pertumbuhan pada kadar lebih 10% dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun jumlah perdagangan makanan dan barang-barang halalnya tidak sampai USD 100 bilion pada tahun 2014.

Menurut Asad, piawaian pensijilan halal yang berbeza menyebabkan China gagal disenaraikan sebagai salah sebuah negara pengeksport utama produk halal di dunia. Hanya dengan mendapatkan pensijilan halal antarabangsa, barulah produk halal China dapat memasuki pasaran antarabangsa dan diterima oleh dunia Islam



http://malay.cri.cn/601/2015/05/18/41s156374.htm

Saturday, May 23, 2015

Piala Sudirman: China Bertemu Jerman di Suku Akhir


Cabut undi bagi pusingan penyingkiran Piala Sudirman diadakan pada 13 Mei lalu. Pasukan China akan bertemu pasukan Jerman dalam perlawanan suku akhir.



http://malay.cri.cn/601/2015/05/14/21s156306.htm

Monday, May 18, 2015

Perdagangan Luar China akan Pulih Pada Setengah Tahun Kedua


Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Sun Jiwen semalam berkata, eksport pada tahun ini mengekalkan trend peningkatan. Sementara itu, kadar penurunan import pula semakin kecil. Menurut unjuran, perdagangan luar pada setengah tahun kedua akan lebih baik berbanding setengah tahun pertama tahun ini.

Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, jumlah perdagangan luar China pada Januari hingga April menurun 7.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat USD 1.22251 trilion.

Menurut Sun, penurunan jumlah perdagangan luar China disebabkan penurunan harga komoditi dalam pasaran global. Keadaan ini dipercayai dapat membantu mengurangkan kos syarikat domestik dan meningkatkan daya saing dan keuntungan mereka.



http://malay.cri.cn/601/2015/05/10/41s156202.htm

Wednesday, May 13, 2015

Presiden Xi Jinping Sampaikan Ucapan Aluan terhadap Pengunjung Pavilion China di Milano


Ekspo Dunia 2015 dirasmikan di Milano, Itali semalam dan Pavilion China turut dibuka kepada para pengunjung pada hari yang sama. Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan aluan terhadap pengunjung Pavilion China melalui video.

Dalam ucapannya, Presiden Xi menyatakan bahawa ketika melawat di Pavilion China, para pengunjung akan mendapat pengetahuan tentang tamadun pertanian China yang bersejarah lama, hasil sains dan teknologi yang moden dan kebudayaan makanan yang kaya. Kesemuanya ini merupakan kompenen penting tamadun bangsa China. China memberi perhatian terhadap isu pertanian, desa dan kaum tani serta menjadikannya sebagai keutamaan dalam usaha pembangunan negara. China sedang giat menggalakkan pemodenan pertanian dan bersedia berkongsi teknologi dan pengalaman dalam bidang pertanian dengan negara-negara lain agar bersama-sama memelihara keselamatan makanan dunia untuk mendorong kemajuan tamadun manusia.

Dalam ucapan terakhirnya, Presiden Xi berharap agar Ekspo Dunia 2015 diadakan dengan jayanya di Milano.



http://malay.cri.cn/601/2015/05/02/26s156047.htm

Friday, May 8, 2015

Sembilan Rumah Atas Sebatang Pokok




Sebuah bangunan berbentuk pokok setinggi 20 meter yang dibina dengan sembilan bilik kecil dibuka kepada awam pada minggu lalu. Para pengunjung yang melawat "rumah pokok" di bandar Chongqing ini terhibur dengan pelbagai jenis aktiviti rekreasi yang disediakan.








http://malay.cri.cn/601/2015/04/20/241s155791.htm

Sunday, May 3, 2015

Zhang Jilong: Luluskan Kertas Putih Bola Sepak China


Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) merangkap Naib Pengerusi Persatuan Bola Sepak China, Zhang Jilong ketika diwawacara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua berkata, Kertas Putih Bola Sepak China perlu diluluskan untuk memperkasakan pembaharuan bola sepak.

Menurutnya, pada masa ini jangankan orang awam, pemain profesional pun masih kurang mengetahui keadaan bola sepak di China. Kertas putih itu dapat membolehkan pemain profesional, peminat, media dan seluruh rakyat mengetahui keadaan sebenar agar memantau pembaharuan bola sepak di China



http://malay.cri.cn/601/2015/04/30/41s156020.htm