Pages

Monday, February 25, 2013

Pemimpin Baharu PKC Akan Galakkan Hubungan Tanah Besar dengan Taiwan



Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping ketika ditemui Pengerusi Kehormat Parti Guomintang, Lien Chan dan rombongannya di Beijing menegaskan, barisan pemimpin baharu PKC memikul tanggungjawab menggalakkan perkembangan secara damai hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan.


Xi menambah, interaksi dan kerjasama berdasarkan prinsip satu negara China perlu digalakkan, selain berusaha bersama-sama untuk memperkukuh dasar politik, ekonomi, budaya dan sosial bagi perkembangan damai kedua-dua pihak.

Lien Chan menyatakan bahawa mengembangkan hubungan kedua-dua pihak secara damai adalah jalan yang tepat dan tidak akan berubah.




http://malay.cri.cn/601/2013/02/25/26s138460.htm

Wednesday, February 20, 2013

Armada China dalam Latihan Tentera Campuran


Armada China yang ditugas mengawal pelayaran awam untuk fasa ke-14 bakal melibatkan diri dalam latihan ketenteraan campuran "Kedamaian-13" di Pakistan.




Armada tersebut dilaporkan terdiri daripada tiga kapal yang membawa dua helikopter dan 730 orang anak kapal termasuk 70 ahli Unit Pertempuran Khas (SCU), dan telah bertolak dari Qingdao.





http://malay.cri.cn/601/2013/02/17/101s138255.htm

Friday, February 15, 2013

Pengangkutan Kereta Api pada Hari Terakhir Cuti Tahun Baharu Cina


Pada hari terakhir cuti Tahun Baharu Cina, perkhidmatan kereta api seluruh negara akan menerima jumlah terbesar penumpang, iaitu seramai 7.41 juta orang. Oleh itu, pihak terbabit telah menambah 783 perkhidmatan kereta api hari ini.



Sebanyak 4,755 kereta api dilaporkan beroperasi semalam untuk mengangkut 6.46 juta orang penumpang.






http://malay.cri.cn/601/2013/02/15/101s138223.htm

Sunday, February 10, 2013

Wen Jiabao Raikan Tahun Baharu Cina Bersama Mangsa Bencana


Bermula 8 Februari hingga semalam, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat ke provinsi Shaanxi dan Gansu untuk mengunjungi penduduk pelbagai etnik dan meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama mereka.

Kedua-dua provinsi tersebut terjejas teruk akibat gempa bumi pada tahun 2008. Zhouqu, provinsi Gansu mengalami banjir lumpur yang teruk sekali lagi pada 8 Oktober tahun 2010.

Ketika melawat Zhouqu, Wen Jiabao menegaskan, alam semula jadi dan keselamatan serta kepentingan rakyat perlu dihormati dan diutamakan. Beliau sangat prihatin terhadap pembinaan semula di kawasan bencana tersebut.

Lawatan ini merupakan lawatan ketiga beliau ke Zhouqu selepas bencana berkenaan. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, 169 daripada 170 buah projek pembinaan semula telah diselesaikan.




http://malay.cri.cn/601/2013/02/10/102s138120.htm

Tuesday, February 5, 2013

Kerajaan Tumpukan Kehidupan Kaum Islam



Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengunjung ke Niujie, komuniti orang Islam di Beijing untuk bertemu ramah dengan penduduk tempatan serta mendengar pandangan dan cadangan mereka terhadap kerja kerajaan.

Wen Jiabao menegaskan, kesamarataan pelbagai etnik, kebabasa beragama dan menghormati adat resam etnik minoriti merupakan inti pati dasar etnik dan agama China. Semua etnik merupakan saudara mara dalam keluarga bangsa China.

Beliau amat memberikan tumpuan terhadap harga daging lembu dan kambing. Walaupun bekalannya meningkat tahun demi tahun, namun ia masih tidak mampu memenuhi permintaan pengguna yang kian meningkat. Inilah faktor yang menyebabkan harga daging lembu dan kambing terus naik.

Kerajaan akan mengkaji dan mengambil langkah untuk membantu kaum Islam yang berpendapatan rendah untuk mengatasi kesukaran.





http://malay.cri.cn/601/2013/02/02/122s137935.htm