Pages

Saturday, February 27, 2016

Perlumbaan Motocross China 2015


Perlumbaan Motocross China 2015 diadakan di provinsi Jiangsu pada 26 dan 27 Disember lalu dengan penyertaan hampir seratus pelumba motosikal dari seluruh negara ini.



Perlumbaan motosikal lasak amat mencabar kerana sukan ini bukan sahaja menguji teknik memandu pelumba, tetapi juga strategi dan kekuatan fizikal.






http://malay.cri.cn/601/2015/12/30/21s160459.htm

Monday, February 22, 2016

PKC Bina Parti Bersih dan Amanah


Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat khas pada 28 hingga 29 Disember lalu untuk merumuskan pembinaan parti selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC dan membincangkan pelbagai langkah untuk membina parti yang bersih dan amanah.


Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucaptama.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, kerja-kerja membina parti yang bersih dan amanah telah mencapai kemajuan yang signifikan, di samping sistem dan peraturan berkaitan disempurnakan.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/30/124s160456.htm

Wednesday, February 17, 2016

China Lancar Satelit Pemerhati Bumi HD


China berjaya melancarkan satelit pemerhati bumi yang paling canggih, iaitu Gaofen-4 dengan menggunakan roket pembawa Long March-3B di Pusat Pelancaran Satelit Xichang, Sichuan pada pukul 12.04 tengah malam tadi.

Setakat ini, China berjaya melaksanakan 19 misi pelancaran satelit pada tahun ini dan menghantar 45 kapal angkasa lepas ke angkasa lepas.


Gaofen-4 merupakan satelit pemerhati bumi dengan orbit bumi geosegerak (GEO) yang pertama di China dalam format Definisi Tinggi (HD).


Satelit tersebut akan memberikan perkhidmatan data kepada Kementerian Hal Ehwal Awam, Jabatan Gempa Bumi, Jabatan Perhutanan Negara, dan Jabatan Meteorologi bagi mencegah bencana, ramalan cuaca, dan lain-lain.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/29/124s160437.htm

Friday, February 12, 2016

Jalan Nanyang, Tempat Penggambaran Filem Baharu di Haikou


Jalan Nanyang, sebuah tempat penggambaran filem baharu dirasmikan di Haikou, provinsi Hainan China baru-baru ini.


Jalan penggambaran filem sepanjang lebih 300 meter itu bercorak pemandangan kawasan tropika dengan merangkumi lebih 70 buah bangunan berseni bina Asia Tenggara.





http://malay.cri.cn/601/2015/12/28/21s160411.htm

Sunday, February 7, 2016

Li Keqiang Hadiri Majlis Keraian SCO


Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri majlis keraian yang diadakan untuk pemimpin yang menghadiri Mesyuarat Perdana Menteri Negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-14 di bandar Zhengzhou, provinsi Henan malam tadi.

Para hadirin antaranya termasuklah pemimpin dari Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Pakistan, Afghanistan dan Mongolia.

Li Keqiang dalam majlis itu menyatakan bahawa penyertaan para pemimpin dari negara anggota SCO, negara pemerhati SCO dan wakil pertubuhan antarabangsa dalam mesyuarat kali ini telah menunjukkan peningkatan pengaruh SCO di arena antarabangsa. Memandangkan pemulihan ekonomi dunia yang perlahan dan banyak negara berdepan dengan tekanan kemerosotan ekonomi, China berharap agar mesyuarat kali ini dapat menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan antara pelbagai negara, meningkatkan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa dan mendorong pertukaran pendapat pelbagai negara mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/15/26s160215.htm

Tuesday, February 2, 2016

Armada Tentera Laut China Melawat Hawaii


Kumpulan ke-152 armada Tentera Laut China tiba di Pearl Harbor, Hawaii AS pagi semalam untuk memulakan lawatan persahabatan selama lima hari terhadap negara itu.


Dalam tempoh lawatan itu, armada China tersebut akan mengadakan majlis jamuan di geladak. Anggota tentera laut China dan AS akan mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan sukan. Selain itu, komander armada China, Wang Jianxun akan mengetuai beberapa pegawai tentera ke Memorial Arizona untuk meletakkan karangan bunga kepada anggota tentera laut AS yang terkorban dalam peristiwa serangan Jepun terhadap Pearl Harbor.





http://malay.cri.cn/601/2015/12/14/26s160203.htm