Pages

Wednesday, February 17, 2016

China Lancar Satelit Pemerhati Bumi HD


China berjaya melancarkan satelit pemerhati bumi yang paling canggih, iaitu Gaofen-4 dengan menggunakan roket pembawa Long March-3B di Pusat Pelancaran Satelit Xichang, Sichuan pada pukul 12.04 tengah malam tadi.

Setakat ini, China berjaya melaksanakan 19 misi pelancaran satelit pada tahun ini dan menghantar 45 kapal angkasa lepas ke angkasa lepas.


Gaofen-4 merupakan satelit pemerhati bumi dengan orbit bumi geosegerak (GEO) yang pertama di China dalam format Definisi Tinggi (HD).


Satelit tersebut akan memberikan perkhidmatan data kepada Kementerian Hal Ehwal Awam, Jabatan Gempa Bumi, Jabatan Perhutanan Negara, dan Jabatan Meteorologi bagi mencegah bencana, ramalan cuaca, dan lain-lain.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/29/124s160437.htm

No comments:

Post a Comment