Pages

Friday, March 19, 2010

Pembaharuan Tarian Etnik Hui dan Reka Fesyen Pakaian Etnik Hui telah Ditingkatkan di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China

Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang terbesar di China. Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk etnik itu berjumlah lebih 8.6 juta orang, menduduk tempat ke-4 teramai antara etnik-etnik minoriti di China. Kawasan penempatan penduduk etnik Hui sangat luas, hampir semua kawasan di China terdapat penduduk etnik itu. Penduduk etnik Hui tinggal secara berkelompok-kerompok di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Provinsi Gansu, Qinghai, Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang, Provinsi Henan, Hebei, Shangdong dan Yunnan. Penduduk etnik Hui biasanya tinggal secara berkelompok di kawasan yang terdapat masjid.


Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia mempunyai jumlah penduduk etnik Hui yang paling ramai. Wilayah itu dikenali sebagai kampung halaman etnik Hui. Pemandangan di wilayah itu sangat indah, terdapat hutan hijau dan padang pasir yang luas. Sungai Kuning yang didikenali sebagai sungai ibunda di China melalui wilayah itu. Penduduk etnik Hui bersama-sama penduduk etnik lain rajin bekerja dan menjadikan wilayah itu sangat makmur.

Fesyen pakaian dan seni tarian yang mempunyai keistimewaan telah wujud lama di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China, iaitu kawasan yang didiami oleh kebanyakan penganut Islam yang terbesar di China.

Hiasan kepala orang etnik Hui mempunyai keistimewaan bersifat kebangsaan dan unsur tempatan yang tebal dari fesyen pakaian etnik Hui Ningxia. Misalnya, lelaki etnik itu gemar memakai topi putih, memakai jaket yang tidak berlengan, kemeja putih dan seluar biru atau kelabu. Gadis etnik ini pula suka memakai baju yang berwarna terang dan memakai tudung kain sutera hijau. Wanitanya pula suka memakai topi putih dan tudung berwarna hijau. Pakaian etnik Hui kebanyakannya berwarna putih, hijau dan hitam.


Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China telah mengambil tindakan untuk mengekalkan warisan dan menyebarkan tarian dan seni fesyen pakaian etnik Hui, dan berusaha untuk melaksanakan pembaharuan pada tahun-tahun kebelakangan ini, supaya tarian dan fesyen pakaian etnik Hui dapat terus ditingkatkan dan diwarisi.

Pertunjukan seni tarian dan pameran fesyen pakaian etnik Hui Ningxia China yang pertama tahun 2007 telah dirasmikan di Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China baru-baru ini. Pakar dan sarjana dari pelbagai tempat yang berusaha untuk menggubah tarian etnik Hui dan melakukan penyelidikan tentang fesyen pakaian etnik Hui telah diundang untuk mengemukakan cadangan dan idea untuk membaharui dan meningkatkan kemajuan kebudayaan etnik ini. Kejayaan pameran fesyen pakaian dan pertunjukan kesenian ini telah membolehkan pakar dan sarjana dari sektor tarian dan pakaian dari pelbagai tempat China memenuhi harapan terhadap masa depan tarian dan pakaian etnik Hui China. Feng Shuangbai, Naib Pengarah Persatuan Ahli Tarian China berkata bahawa pada pendapat saya, pertunjukan kesenian dan pameran pakaian etnik Hui ini merupakan mercu tanda dan membuktikan bahawa kesenian dan kebudayan etnik Hui telah meningkat dengan pesat. Saya yakin bahawa kebudayaan dan kesenian, khususnya tarian etnik Hui sepatutnya mencapai kejayaan yang lebih besar.

Pertunjukan tarian dan pameran fesyen pakaian etnik Hui bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan, pembukaan dan pembaharuan dalam sektor seni tarian, fesyen pakaian etnik Hui. Aktiviti ini telah memberikan peluang pertukaran antara penggubah tarian dan pereka fesyen pakaian etnik Hui. Puan Ma Shumin, seorang pereka fesyen pakaian dari Persatuan Pakaian Etnik Minoriti China berkata bahawa pertunjukan kesenian tarian dan pameran fesyen pakaian etnik Hui yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Etnik-Etnik dan Persatuan Kebudayaan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia ini telah menjadi platform untuk mendedahkan bakat pereka fesyen pakaian etnik Hui yang profesional.

 57 karya seni arian dan 502 set fesyen pakaian etnik Hui yang dipilih dari seluruh negara itu telah dipamerkan dan dipertunjukkan dalam pesta ini. 21acara pertunjukan seni tarian etnik Hui dan 238 set fesyen pakaian etnik Hui telah mendapat penilaian yang tinggi melalui pemeriksaan yang kerap dilakukan.
Pertunjukan seni tarian memperlihatkan ciri-ciri kepercayaan agama dan mencerminkan kehidupan penduduk etnik Hui supaya perasaan penduduk etnik Hui dari pelbagai aspek dapat dibentangkan. Encik Li Yushan, Naib Pengerusi Persatuan Ahli Tarian China berpendapat bahawa pertunjukan seni tarian yang dipersembahkan dalam aktiviti ini mempunyai permulaan yang tinggi dalam pelbagai aspek.

"Bertuah Suci", pertunjukan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar dari Institut Kesenian Universiti Perguruan Provinsi Yunnan di barat daya China telah mendapat hadiah pertama dalam pertunjukan kesenian ini. Puan Ma Wenjing, pengarah tarian itu berkata bahawa kelahiran seorang bayi telah mendatangkan sinaran mata hari yang cemerlang kepada bangsa kita dan hari ini merupakan hari raya bagi penganut Islam. Tarian ini juga bermakna bahawa etnik Hui merupakan satu etnik yang telah mencapai kemajuan dan mencintai kedamaian serta keharmonian.

No comments:

Post a Comment