Pages

Friday, February 27, 2015

Seramai 261 Juta Pelancong Sempena Tahun Baharu Cina


Menurut data Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China (CNTA) semalam, semasa musim cuti Tahun Baharu Cina pada 18 hingga 24 Februari lalu, China menerima 261 juta pelancong, meningkat 12.9% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Pendapatan daripada sektor pelancongan mencatat RMB 144.83 bilion, meningkat 14.6%. Jumlah pelancong China ke luar negara mencatat 5.182 juta orang dengan peningkatan sebanyak kira-kira 10%.






http://malay.cri.cn/601/2015/02/26/123s154739.htm

Sunday, February 22, 2015

Pelancong China pada Cuti Tahun Baharu Cina Dijangka 250 Juta Orang

Cuti sambutan Tahun Baharu Cina sepanjang tujuh hari telah bermula semalam. Destinasi pelancongan di pelbagai tempat telah bersiap sedia untuk menerima kedatangan pelancong yang dijangka mencatat 250 juta orang pada cuti panjang ini. Angka tersebut dijangka akan meningkat 11% berbanding dengan tahun yang lalu.


Menurut data statistik Akademi Pelancongan China, Beijing, Sanya, Xiamen, Chengdu dan Lijiang merupakan destinasi popular bagi pelancong di dalam negeri, manakala Thailand, Republik Korea, Jepun dan AS pula menjadi pilihan hangat di luar negara China.



http://malay.cri.cn/601/2015/02/19/122s154640.htm

Tuesday, February 17, 2015

Kereta Api Kelajuan Tinggi Dibersihkan


Kereta api kelajuan tinggi di Nanning, Guangxi dibersihkan sebelum digunakan untuk mengangkut penumpang semasa sambutan Tahun Baharu Cina.


Kereta api kelajuan tinggi merupakan cara pengangkutan utama semasa musim puncak sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula pada 4 Februari lalu.



http://malay.cri.cn/601/2015/02/10/21s154478.htm

Saturday, February 7, 2015

Forum Ekonomi Media Bahasa Mandarin Dunia di Hainan


Forum Ekonomi Media Bahasa Mandarin Dunia yang bertemakan "Strategi Baharu, Peluang Baharu" dirasmikan di kaunti Chengmai, provinsi Hainan China kelmarin. Seramai lebih 200 orang dari 24 buah negara dan wilayah, termasuk wakil daripada lebih 60 media bahasa Mandarin, wakil bandar pelancongan China dan Asia Tenggara, pegawai kerajaan dan sarjana menghadiri forum tersebut.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Perantau Dewan Negara China, He Yafei, dalam majlis perasmian forum tersebut menyatakan bahawa China sudah cukup syaratnya untuk melaksanakan gagasan membangunkan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR). Namun, pembangunan OBAOR akan berdepan dengan cabaran dari segi politik, keselamatan dan ekonomi. Oleh itu, usaha tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat.


Beliau mencadangkan agar usaha dilakukan untuk mengintensifkan kesalinghubungan infrastruktur, dan kerjasama dengan negara-negara berkenaan dalam bidang industri, pelancongan, sumber tenaga dan kewangan serta kerjasama maritim dan ekologi. Beliau turut mengemukakan saranan untuk menggalakkan rundingan dan penaiktarafan kawasan perdagangan bebas antara China dengan negara-negara di sepanjang laluan sutera, termasuk negara ASEAN dan India, serta memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas Asia Pasifik secepat mungkin.



http://malay.cri.cn/601/2015/01/26/26s154196.htm

Monday, February 2, 2015

Simposium Media Mandarin di Hainan


Simposium Ekonomi Media Mandarin Dunia "Satu Jalur, Satu Laluan" diadakan di Dengmai, provinsi Hainan, China hari ini. Lebih 200 orang dari lebih 60 media Mandarin di 24 buah negara dan kawasan, wakil bandar-bandar peranginan dari China dan Asia Tenggara, pakar dan serjana serta pegawai kerajaan pusat dan kerajaan tempatan China menyertai simposium kali ini.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Perantau Dewan Negara China, He Yafei ketika berucap dalam simposium itu berkata, perantau Cina di seberang laut merupakan penolong dan jambatan bagi projek membina "Satu Jalur, Satu Laluan". Media Mandarin di negara-negara tersebut memainkan peranan yang penting. China akan meningkatkan hubungan persahabatan dengan rakyat di negara-negara berkenaan melalui pertukaran budaya, pengajian akademik dan kerjasama media.



http://malay.cri.cn/601/2015/01/24/41s154172.htm