Pages

Saturday, May 31, 2014

TRIP KE 15 - KL > SHENZHEN & GUANGZHOU RM2700

DAY ONE
Flight to SHENZHEN
Arrive at Shenzhen Bao'an International Airport
Lunch
Check In Hotel
Shangmeilin Mosque
Window of The World
Luohu Commercial City
Dinner
Dong Men Commercial Street (Shenzhen Night Market)
Back to Hotel / Rest

DAY TWO
Check Out Hotel
Fairy Lake Botanical Garden
Splendid China & Chinese Folk Culture Village
Lunch
Proceed to GUANGZHOU by CRH (china railway highspeed 320KM)
Check In Hotel
Dinner
Beijing Lu (Guangzhou Night Market)
Back to Hotel / Rest

DAY THREE
Canton Tower / Yue Xiu Park
Baiyun Leather at San Yuan Li
Lunch
Makam Saad Abi Waqas
Zhang Xi Road (jam tangan)
Dinner
Pearl River Boat Ride
Back to Hotel / Rest

DAY FOUR
Digital / Electronic centre at Hai Yin
Textiles and Silk at Zhong Da
Lunch
Masjid Huaisheng
One Link International Toys and Gift Centre
Dinner
Shang Xia Jiu Lu (Guangzhou Night Market)
Check In at Guangzhou Baiyun International Airport
Flight to KUALA LUMPUR
Arrive at KLIA2

PAKEJ TERMASUK: 
- Tiket penerbangan pergi balik
- Penginapan di hotel bertaraf 2 / 3 bintang
- Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin
- Tipping kepada pemandu pelancong
- Makan 2 X sehari (MUSLIM MEALS)
- Lawatan sebagaimana dalam aturcara

PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- BAGASI
- Pengurusan VISA
- Kegunaan peribadi seperti panggilan telefon, dobi dan sebagainya
- Lawatan selain dari aturcara

KEPERLUAN UTAMA:
- Passport Antarabangsa (tamat tempoh tidak kurang daripada 6 bulan dari tarikh lawatan)

PERTANYAAN:
MUHD NAQIEUDDIN BIN NASARUDDIN
naqi@vh.com.my
http://pukaldichina.blogspot.com

NO 5 & 5A JALAN PULAI 20
TAMAN PULAI UTAMA, 
81300 SKUDAI,
JOHOR DARUL TA'ZIM 

TEL          : 013 - 778 4114
PEJABAT :   07 - 521 6115
FAKSIMILI:   07 - 521 6117

Monday, May 26, 2014

China Mampu Banteras Pengganas


Kerajaan China bertekad, yakin dan mampu membanteras pengganas. Apa jua tujuan mereka membuat serangan ganas tersebut tidak akan tercapai. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei di Beijing semalam berikutan serangan ganas pada 22 Mei di bandar Urumqi, Xinjiang.


Kes keganasan yang amat serius itu sekali lagi membuktikan pengganas menentang masyarakat, manusia dan peradaban selain dikecam keras rakyat China dan masyarakat antarabangsa.



http://malay.cri.cn/601/2014/05/23/101s149186.htm

Wednesday, May 21, 2014

Sidang Kemuncak CICA Dirasmikan


Sidang Kemuncak ke-4 Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) membuka tirainya di Shanghai malam tadi.

Presiden China, Xi Jinping dalam upacara perasmian berkata, Asia hari ini boleh dikatakan menjadi satu tempat bagi entiti-entiti ekonomi baru muncul yang utama di dunia. Pembangunan Asia adalah pendorong kepada perkembangan ekonomi sejagat dan kemajuan tamadun manusia.

Xi menganggap, negara-negara di Asia perlu mengambil perhatian terhadap peluang ini dan menggembleng tenaga untuk memelihara arah aliran perkembangan yang baik.

Beliau menegaskan, CICA, selaku forum keselamatan yang merangkumi negara-negara Asia yang paling banyak berpotensi besar untuk merapatkan persepakatan Asia, menggalakkan dialog tamadun dan meningkatkan kerjasama yang saling mempercayai.



http://malay.cri.cn/601/2014/05/21/125s149152.htm

Friday, May 16, 2014

Forum Perdagangan Asia Timur di Haikou


Forum Perdagangan Asia Timur ke-6 dan Sidang Majlis Perdagangan Asia Timur ke-28 diadakan di bandar Haikou, provinsi Hainan, China semalam.
Lebih 400 orang pegawai, sarjana serta wakil pertubuhan antarabangsa, persatuan perdagangan dan syarikat dari 16 buah negara, termasuk China, Republik Korea, Jepun, India, Australia, New Zealand dan ASEAN telah menghadiri forum dan sidang kali ini.


Naib Pengerusi Majlis Penggalakkan Perdagangan Antarabangsa China, Yu Ping berpendapat, dialog, penyelarasan dan kesalingbergantungan antara negara-negara Asia Timur semakin ditingkatkan, selain kerjasama ekonomi dan perdagangan telah mencapai hasil yang cemerlang. Dalam rangka ASEAN+6, kalangan pengusaha industri dan perdagangan Asia Timur secara positif menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan akan terus berusaha untuk menjayakan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau(RECP).


Naib Gabenor Provinsi Hainan, Li Guoliang memaklumkan, sejak perasmian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada tahun 2010, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Hainan dengan ASEAN berkembang pesat. Pada suku pertama tahun ini, jumlah perdagangan bilateral telah mencatat RMB4.74 bilion, meningkat 58.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antaranya, pengimportan produk pertanian dan pengeksportan minyak meningkat dengan ketara. Menurut beliau, pelan pembangunan "Jalan Sutera Laut" yang dicadangkan oleh pemimpin China akan menyediakan peluang pembangunan yang baharu kepada Hainan.

Sunday, May 11, 2014

China Sedia Perkasa Kerjasama Infrastruktur dengan Afrika


Perdana Menteri China, Li Keqiang yang menghadiri sidang pleno Forum Ekonomi Dunia mengenai Afrika Ke-24 di Abuja pada pagi 8 Mei waktu tempatan, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Bersama-sama Menggalakkan Pembangunan Afrika ke Tahap Baharu".


Dalam sidang itu, PM Li menegaskan komitmen China untuk memperkasakan kerjasama dengan Afrika dalam bidang infrastruktur, termasuk pembinaan rangkaian landasan kereta api berkelajuan tinggi, lebuh raya dan penerbangan. Selain itu, China juga bersedia menyediakan sokongan dari segi kewangan, tenaga profesional dan teknikal kepada negara-negara Afrika.


Tegas beliau, dalam usaha memberikan bantuan kepada Afrika, China tidak mengenakan sebarang syarat politik serta campur tangan urusan dalaman negara Afrika.





http://malay.cri.cn/601/2014/05/09/21s148873.htm

Tuesday, May 6, 2014

Malaysia Keluarkan Kenyataan MH370

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya mengumumkan kenyataan berhubung MH370 pada pukul 7 malam semalam. Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang, Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin juga mengeluarkan kenyataan yang menegaskan Malaysia akan menunaikan janjinya kepada waris dan keluarga penumpang. 


Berdasarkan kenyataan MAS, pesawat MH370 telah hilang hubungan selama 55 hari sejak 8 Mac, kerja pencarian yang dilaksanakan oleh pelbagai negara terus dijalankan. Walaupun operasi mencari yang berskala terbesar dalam sejarah telah dijalankan, namun sehingga ini masih belum ditemui sebarang petanda mengenai pesawat itu. MAS amat memahami waktu sukar yang diharungi oleh keluarga penumpang dan menyatakah simpati kepada mereka yang mengalami penderitaan itu.

Menurut kenyataan itu, Pusat Agensi Penyelarasan Bersama Australia (JACC) pada minggu ini telah mengumumkan bahawa kerja pencarian di Lautan Hindi akan memasuki fasa baharu, namun ini tidak bermakna tamatnya kerja mencari. Pada fasa yang baharu, Malaysia akan bersama-sama Australia, China dan pertubuhan antarabangsa untuk menjalankan kerja mencari di dasar laut. MAS akan mengekalkan komunikasi dengan keluarga penumpang dan memaklumkan mereka perkembangan terkini.


Datuk Hamzah Zainuddin dalam kenyataan semalam berkata walaupun pesawat MH370 masih hilang, Malaysia berjanji akan sedaya upaya meneruskan kerja mencari selanjutnya.



http://malay.cri.cn/601/2014/05/02/124s148693.htm

Thursday, May 1, 2014

Diplomasi China yang Menyakinkan


Menteri Luar China, Wang Yi yang baru mengakhiri lawatan ke empat buah negara di Amerika-Latin berkata, pihaknya dan negara-negara Amerika-Latin saling melengkapi dalam pembangunan. Kedua-dua pihak merupakan rakan kerjasama dan boleh mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama-sama.

Menurutnya, sebagai satu negara gergasi, China mempunyai keyakinan dan kebijakan dalam melaksanakan diplomasi. China akan mempertahankan pelaksanaan dasar luar yang sudah ditetapkan yang sesuai dengan kepentingan rakyat sendiri malah rakyat dunia.



http://malay.cri.cn/601/2014/04/27/41s148582.htm