Pages

Friday, May 27, 2016

Presiden Xi Lahir Simpati atas Nahas Mesir


Presiden China, Xi Jinping menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat EgyptAir MS804 Airbus A320, yang disahkan terhempas di Laut Mediterranean dengan membawa 66 penumpang dan anak kapal, 19 Mei lalu.



Presiden Xi merakamkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Mesir, Abdul Fattah Al-Sisi dan rakan sejawat dari Perancis, François Hollande serta anggota keluarga mangsa.



http://malay.cri.cn/601/2016/05/21/125s162696.htm

Sunday, May 22, 2016

Rancangan Pembinaan Padang Bola Sepak China


Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara China semalam mengedarkan rancangan pembinaan padang bola sepak (2016-2020). Menurut rancangan itu, jumlah padang bola sepak di China akan mencecah 70 ribu menjelang tahun 2020.



Taman Bola Sepak Chedu di Wuhan, provinsi Hubei dibuka kepada umum pada 26 Mac yang lalu. Terdapat 13 padang bola sepak di taman tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2016/05/12/41s162548.htm

Tuesday, May 17, 2016

Prospek Perdagangan Luar China Cerah



Prospek perdagangan luar China tetap cerah pada asasnya dalam jangka masa panjang, walaupun masih menghadapi tekanan ekoran kesuraman situasi semasa.

Menurut Laporan Situasi Perdagangan Luar China (Musim Bunga 2016) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China semalam,

Perdagangan luar negara ini masih menghadapi cabaran dan tekanan hebat berikutan kemerosotan permintaan pasaran antarabangsa, kekurangan daya saing baharu dalam perdagangan luar dan impak pergeseran dalam perdagangan yang lebih menonjol.

Walau bagaimanapun, prospek perdagangan luar China tetap cerah, usaha pengubahsuaian struktur, transformasi dan penaiktarafan telah mencapai hasil baharu. Kerajaan China akan mengamalkan pelbagai insentif dan dasar-dasar utama untuk menyokong peningkatan perdagangan luar. 



http://malay.cri.cn/601/2016/05/11/21s162532.htm

Thursday, May 12, 2016

Pesta Perdagangan dan Pelancongan Sempadan Xishuangbanna ke-19 di Yunnan China


Setiausaha Jawatankuasa Xishuangbanna Parti Komunis China, Chen Yuhou

Pesta Perdagangan dan Pelancongan Sempadan Xishuangbanna ke-19 telah dirasmikan di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Jinghong, Daerah Xishuangbanna, provinsi Yunnan China hari ini. Setiausaha Jawatankuasa Xishuangbanna Parti Komunis China, Chen Yuhou dan Gabenor Provinsi Phong Saly Laos, Khamjane Vongphosy serta Konsul Jeneral Malaysia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Myanmar ke Kunming menghadiri majlis perasmian.



Pesta yang akan berlangsung selama lima hari ini telah menarik penyertaan peniaga dari 17 buah negara dan kawasan antaranya termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, India, Pakistan dan Korea Selatan.


Pesta kali ini menyediakan 248 buah gerai pameran di dalam rumah dan 113 buah di luar rumah. Produk-produk yang dipamerkan termasuk barangan buatan kayu, barang-barang kemas, kraftangan, kosmetik, pakaian etnik dan bahan makanan.



http://malay.cri.cn/601/2016/04/13/26s162104.htm

Saturday, May 7, 2016

Presiden Xi Hadiri Sidang Kemuncak Keselamtan Nuklear ke-4


Presiden China, Xi Jinping menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) ke-4 di Washington dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Kukuhkan Sistem Keselamatan Nuklear Antarabangsa, Tingkatkan Tadbir Urus Keselamatan Nuklear Global".


Beliau telah menerangkan pendirian dan dasar China mengenai pembinaan sistem keselamatan nuklear antarabangsa yang adil, kerjasama dan menang-menang, memperkenalkan kemajuan terkini China dalam bidang keselamatan nuklear dan tindakan China untuk meningkatkan keselamatan nuklear negara dan mendorong kerjasama antarabangsa.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Kukuhkan Sistem Keselamatan Nuklear Antarabangsa" ini disertai pemimpin atau wakil dari 52 buah negara serta pegawai-pegawai pertubuhan antarabangsa.



http://malay.cri.cn/601/2016/04/02/122s161937.htm

Monday, May 2, 2016

Xi dan Obama Adakan Pertemuan

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bertemu di Washington semalam dan bertukar-tukar pendapat tentang isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

Mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa, memperkukuh kepentingan bersama China-AS dan menggalakkan hubungan kedua-dua negara berkembang secara sihat dan stabil.

Xi Jinping menyatakan bahawa hubungan China-AS telah mencapai kemajuan penting baru-baru ini atas usaha bersama kedua-dua pihak.

Perdagangan dan pelaburan dua hala serta interaksi rakyat mencipta rekod baharu dalam sejarah.

Kedua-dua pihak terus mengekalkan koordinasi dan kerjasama dalam perubahan iklim, isu nuklear Iran, kesihatan, pembangunan dan isu-isu serantau dan global yang penting.

Obama berkata, AS mengalu-alukan kebangkitan China yang damai, stabil dan berjaya.

Kestabilan masyarakat dan kejayaan ekonomi China bukan sahaja selaras dengan kepentingan China, malah kepentingan AS.

Kedua-dua pihak berkongsi kepentingan bersama yang luas di Asia Pasifik.

AS juga menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan China dalam usaha mengawal perbezaan secara konstruktif.



http://malay.cri.cn/601/2016/04/01/124s161927.htm