Pages

Thursday, August 30, 2012

Lin Dan Akan Sertai Sukan Olimpik Rio



Jaguh badminton China, Lin Dan semalam berkata, beliau belum memikirkan untuk menarik diri dari gelanggang badminton, sebaliknya bercita-cita untuk bertanding dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.





Lin menolak khabar angin bahawa beliau akan berundur dari sukan badminton sebaliknya hanya hendak berehat seketika.



Beliau berpendapat, Datuk Lee Chong Wei akan terus beraksi di gelanggang sekurang-kurangnya dua tahun.



http://malay.cri.cn/601/2012/08/24/41s133743.htm

Saturday, August 25, 2012

Fotografi Perkahwinan Lin Dan dan Xie Xingfang


Setelah berjaya meraih pingat emas perseorangan lelaki batminton dalam Sukan Olimpik London pada tahun 2012, perkahwinan Lin Dan dengan Xie Xingfang juga dimasukkan dalam agenda.


Penggambaran perkahwinan pasangan tersebut di luar telah didedahkan di internet baru-baru ini.





http://malay.cri.cn/601/2012/08/24/101s133736.htm

Wednesday, August 15, 2012

Ekspo China-Asia Eropah Ke-2 Bakal Berlangsung di Xinjiang


Ekspo China-Asia Eropah ke-2 bakal berlangsung di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 1 hingga 5 September nanti. Ekspo ini bertemakan "pembangunan secara harmoni, kerjasama dan saling menguntungkan". Setakat 2 Ogos lalu, sebanyak 42 buah negara dan kawasan serta empat pertubuhan antarabangsa mengesahkan penyertaan dalam ekspo ini.

Pihak penganjur menawarkan kawasan pameran antarabangsa, Hong Kong, Makau dan Taiwan, kawasan pameran tanah besar China, kawasan pameran Xinjiang, dan kawasan pameran taman teknologi tinggi. enam forum dan acara promosi akan turut diadakan sempena ekspo ini.


Menurut Naib Ketua Jabatan Urusan Pameran Antarabangsa Xinjiang, Chen Ji, gerai pameran kali ini bertambah 462 buah berbanding tahun lalu iaitu berjumlah 4,264 buah. Jumlah pembeli luar negara seberang laut dan dijangka mencatat 5,000 orang, manakala pembeli dalam negara akan mencatat 21,000 orang.

Menurutnya, ekspo ini akan terus memainkan peranan penting untuk menggalakkan komunikasi serantau dan mempergiat kerjasama serantau.



http://malay.cri.cn/381/2012/08/14/27s133470.htm

Friday, August 10, 2012

Taklimat Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou


Taklimat tentang Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing

Dewan Negara China telah meluluskan projek taman yang luasnya 55 kilometer persegi itu pada 26 Mac lalu. Taman yang dibina dengan usahasama China dan Malaysia akan menempatkan pelbagai syarikat peralatan pembuatan, maklumat dan elektronik, pemprosesan makanan, bahan mentah, bioteknologi serta perkhidmatan. Syarikat-syarikat tersebut bakal menikmati pelbagai dasar keutamaan daripada pihak berkuasa.



http://malay.cri.cn/901/2012/08/09/41s133379.htm

Sunday, August 5, 2012

Taufan Damrey Membadai Pantai Timur China


Taufan Damrey membadai pantai timur China di provinsi Jiangsu


Kerajaan tempatan sudah memanggil balik 8142 buah kapal dan memindahkan 106 ribu penduduk dari kawasan bencana ke tempat yang selamat.



http://malay.cri.cn/601/2012/08/03/242s133240.htm