Pages

Wednesday, August 15, 2012

Ekspo China-Asia Eropah Ke-2 Bakal Berlangsung di Xinjiang


Ekspo China-Asia Eropah ke-2 bakal berlangsung di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 1 hingga 5 September nanti. Ekspo ini bertemakan "pembangunan secara harmoni, kerjasama dan saling menguntungkan". Setakat 2 Ogos lalu, sebanyak 42 buah negara dan kawasan serta empat pertubuhan antarabangsa mengesahkan penyertaan dalam ekspo ini.

Pihak penganjur menawarkan kawasan pameran antarabangsa, Hong Kong, Makau dan Taiwan, kawasan pameran tanah besar China, kawasan pameran Xinjiang, dan kawasan pameran taman teknologi tinggi. enam forum dan acara promosi akan turut diadakan sempena ekspo ini.


Menurut Naib Ketua Jabatan Urusan Pameran Antarabangsa Xinjiang, Chen Ji, gerai pameran kali ini bertambah 462 buah berbanding tahun lalu iaitu berjumlah 4,264 buah. Jumlah pembeli luar negara seberang laut dan dijangka mencatat 5,000 orang, manakala pembeli dalam negara akan mencatat 21,000 orang.

Menurutnya, ekspo ini akan terus memainkan peranan penting untuk menggalakkan komunikasi serantau dan mempergiat kerjasama serantau.



http://malay.cri.cn/381/2012/08/14/27s133470.htm

No comments:

Post a Comment