Pages

Friday, November 30, 2012

Seminar Tiermai Etnik Kazak Pertama di Urmuqi


Seminar Tiermai Etknik Kazak ke-1 berlangsung di Urmuqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 19 Disember lalu. Seramai 260 orang yang terdiri daripada sarjana warisan bukan benda etnik Kazak, sarjana Tiermai, tokoh sastera dan penyanyi Tiermai menyertai seminar tersebut.



Penduduk etnik Kazak berjumlah lebih 1.1 juta orang, dan tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sebahagian lagi tinggal di provinsi Gansu dan Qinghai. Etnik Kazak beragama Islam dan mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. Sekarang mereka menggunakan tulisan Jawi.

Tiermai merupakan sejenis nyanyian etnik Kazak yang berunsurkan nasihat kepada orang ramai supaya hidup secara harmoni. Isi kandungannya berdasarkan peribahasa, gurindam, syair dan karya sastera lain.




http://malay.cri.cn/381/2012/11/27/27s136260.htm

Sunday, November 25, 2012

Jemaah Haji China Selamat Kembali


Rombongan terakhir 315 orang jemaah haji China tiba di Beijing dengan menaiki pesawat sewa khas. Pegawai dari Biro Hal-ehwal Agama Negara dan Persatuan Islam China menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang.


Pada tahun ini, lebih 13.8 ribu penganut Islam China menaiki 41 buah pesawat sewa khas yang berlepas dari Lanzhou, Beijing, Yinchuan, Urumuqi dan Kunming ke Arab Saudi untuk menunaikan fardu haji. Persatuan Islam China menghantar kumpulan kerja yang terdiri daripada 64 orang pegawai serta lebih 200 orang kakitangan dan 100 orang imam yang berpengalaman dari pelbagai tempat untuk menyediakan perkhidmatan dan bantuan kepada semua jemaah China tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2012/11/22/102s136147.htm

Tuesday, November 20, 2012

Qiapita yang Enak dan Sedap


Nang merupakan makanan utama di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Terdapat lebih 50 jenis Nang. Juadah itu mempunyai sejarah selama dua ribu tahun. Di desa Tumuli, mukin Yuerqi, kaunti Keping, Xinjiang.


Nang yang dimasak oleh kaum wanita tempatan berbeza dengan tempat yang lain. Nang di sini selebar 50 sentimeter, dan setebal tidak sampai 0.5 sentimeter. Penduduk tempatan memanggilnya Qiapita.


Wushuerhan, 62 tahun, seorang wanita tempatan yang pandai memasak Qiapita. Menurutnya, Qiapita mempunyai sejarah selama dua hingga tiga ratus tahun. Qipita berintikan daging kambing sangat enak dan sedap.


Ketika menyambut hari perayaan, majlis perkhahwinan atau jamuan besar-besaran, Wushuerhan akan memasak banyak Qiapita. Sekeping Qiapita dijual RMB 2 yuan. Kadangkala, beliau boleh memperoleh pendapatan antara RMB 4 hingga RMB5 ribu sekali tempahan.


Pada tahun 2007, Qiapita disenaraikan dalam warisan budaya bukan benda peringkat wilayah Xinjiang.



http://malay.cri.cn/381/2012/11/13/27s135863.htm

Saturday, November 10, 2012

13,800 Umat Islam China Menunaikan Fardu Haji ke Mekah


Ibadat haji pada tahun ini dijatuh pada 23 hingga 27 Oktober. Menurut statistik, seramai 13,800 orang umat Islam China menunaikan fardu haji pada tahun ini. Mereka yang berasal dari bandar Lanzhou, Beijing, Yinchuan, Urmuqi, Kunming dan lain-lain, menaiki 41 penerbangan sewa khas pergi ke Arab Saudi.

Biro Agama Negara China dan Persatuan Agama Islam China mengambil beberapa tindakan dalam aspek pengangkutan, perubatan dan penginapan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih memuaskan hati kepada jemaah haji ini.


Menurut Pengarah Jabatan Pengawalan Masjid Besar Dongguan, bandar Xining, provinsi Qinghai, Ma Zhi, "Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, taraf hidup rakyat China meningkat, sekali gus jumlah umat Islam yang mampu menunaikan fardu haji juga meningkat. Hampir seramai 2,000 orang umat Islam dari provinsi Qinghai menunaikan fardu haji pada tahun ini."

Terdapat seramai 20 juta orang umat Islam di China. Kebanyakan mereka tinggal di Xinjiang, Qinghai, Gansu, Yunnan dan Ningxia. Menurut pegawai Biro Agama Negara China, pihaknya aktif bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memastikan kesemua penerbangan sewa khas selamat mendarat di Mekah. Ini membantu mengurangkan keletihan jemaah haji China. Harga tiket penerbangan juga hampir sama seperti tahun lalu.




Persatuan Islam China menghantar delegasi yang terdiri daripada 60 orang pegawai, memilih lebih 200 orang umat Islam yang berpengalman luas dari pelbagai provinsi berkenaan, dan 100 orang imam untuk memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada umat Islam yang menunaikan fardu haji. Persatuan Islam China juga menghantar kumpulan perubatan yang terdiri daripada 52 orang doktor serta bekalan pelbagai jenis ubat-ubatan dan alat perubatan.




http://malay.cri.cn/381/2012/10/30/27s135487.htm

Monday, November 5, 2012

Sidang Pleno Ke-7 Jawatankuasa Pusat Ke-17 CPC di Beijing


Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat ke-17 Parti Komunis China (CPC) diadakan di Beijing pada 1 hingga 4 November yang lalu.


Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC. Setiausaha Agung CPC, Hu Jintao memberikan ucapan yang penting dalam persidangan tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2012/11/05/242s135633.htm