Pages

Tuesday, July 31, 2012

Pasar Raya Xinjiang Dibanjiri Pelancong

Bulan Julai merupakan musim keemasan bagi pelancongan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Pasar Raya Antarabangsa Xinjiang dibanjiri para pelancong dari dalam dan luar negara China.


Pelancong kelihatan sedang mengambil foto di Pasar Raya Xinjiang.


Dua pelancong asing sedang berbincang dengan pemandu pelancong mengenai garisan pelancongan.


Para pelancong kelihatan sedang memilih cenderamata yang mempamerkan keunikan Xinjiang.




http://malay.cri.cn/381/2012/07/31/27s133132.htm

Wednesday, July 25, 2012

Kerajaan Bertindak Cemas Atasi Banjir


Menurut Jabatan Penyelamat Bencana Kementerian Hal-Ehwal Awam China, bencana banjir yang melanda Beijing pada 21 Julai yang lalu telah mengakibatkan 37 orang maut dan tujuh orang lagi hilang.



Jawatankuasa Mengatasi Bencana Negara dan Kementerian Hal-Ehwal Awam telah melaksanakan tindakan kecemasan peringkat ke-4 untuk mengatasi bencana tersebut.


Pegawai kanan dari badan-badan berkenaan telah berkejar ke tapak bencana di bandar Beijing dan provinsi Hebei untuk memantau operasi menyelamat.





http://malay.cri.cn/601/2012/07/23/41s132852.htm

Friday, July 20, 2012

30 Kapal Nelayan China Tiba di Kepulauan Nansha


30 buah kapal nelayan dari provinsi Hainan, China berlabuh di perairan berhampiran Terumbu Karang Yongshu di Kepulauan Nansha petang semalam selepas belayar selama 78 jam.


Kumpulan kapal nelayan terbesar tersebut belayar dari Pelabuhan Sanya, Hainan pada 12 Julai dan akan menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan tersebut selama lima hingga sepuluh hari.


Kapal pentadbiran perikanan China, Yuzheng 310 juga sudah tiba di perairan itu untuk melindungi kegiatan perikanan.


China memiliki hak kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha yang ditadbir di bawah pentadbiran bandar Sansha, Hainan.





http://malay.cri.cn/601/2012/07/16/241s132630.htm

Sunday, July 15, 2012

Pesta Pelancongan Antarabangsa Manas



Pesta Pelancongan Antarabangsa Manas ke-5 dan Pesta Foto dan Pelancongan Xinjiang ke-4 berlangsung di Zhou Autonomi Qizilsu Qirghiz. Beribu-ribu penduduk etinik Kirgiz memakai pakaian yang cantik, berkumpul di gunung ais Muztag Ata untuk menyertai acara nyanyian epik "Manas" dan pertandingan yak.


Kebanyakan penduduk etnik Kirgiz tinggal di kawasan istimewa Autonomi Kirgiz Kizilirsu yang terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.


Selebihnya tinggal di Aksu, Kashi dan Ili. Jumlah penduduk etnik Kirgiz adalah seramai 140 ribu orang, dan kebanyakannya menganut agama Islam.



http://malay.cri.cn/381/2012/07/11/27s132528.htm

Tuesday, July 10, 2012

Hu Jintao Berunding dengan Raúl Castro

Presiden China, Hu Jintao mengadakan rundingan dengan Presiden Cuba, Raúl Castro di Beijing semalam. Hu Jintao berkata, China sedia bekerjasama dengan Cuba untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara.



Hu berkata, China akan meningkatkan koordinasi dengan Cuba dalam bidang pembaharuan PBB, perubahan iklim, mengekalkan pembangunan mapan untuk mewujudkan keharmonian dunia yang kekal damai, dan makmur bersama.

Hu juga memuji kejayaan Cuba dalam usaha pembangunan sosialisme, dan berkata China tetap menyokong Cuba dalam usaha memelihara kedaulatan negara dan menerapkan sosialisme yang beracuankan negara sendiri.



Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin menghadiri majlis penandatanganan perjanjian kerjasama ekonomi dan teknologi antara kedua-dua negara.



http://malay.cri.cn/601/2012/07/06/61s132307.htm

Thursday, July 5, 2012

155 Ribu Orang Menjadi Mangsa Gempa di Xinjiang


Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang menggegarkan kawasan sempadan kaunti Xinyuan dengan kaunti Hejing Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China pada 30 Jun lalu menyebabkan 15.5 juta orang penduduk terjejas. Jawatankuasa Pengurangan Bencana Negara dan Kementerian Hal Ehwal Awam China telah memulakan tindakan penyelamatan kecemasan pada tahap keempat kebangsaan. Kerja penyelamatan berjalan secara teratur.





http://malay.cri.cn/601/2012/07/02/61s132175.htm