Pages

Sunday, June 26, 2016

Sepasang Anak Kembar Panda Dilahirkan di Chengdu


Sepasang anak kembar panda dilahirkan di Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu, provinsi Sichuan pada 23 Jun lalu.

Pasangan kembar dengan berat masing-masing 170 gram dan 161 gram itu adalah yang pertama dilahirkan pada tahun 2016.



http://malay.cri.cn/601/2016/06/24/21s163299.htm

Tuesday, June 21, 2016

Penggembala Altay Xinjiang China Berpindah pada Musim Panas


Pada 5 Jun lalu, penggembala etnik Khazak kaunti Fuhai di kawasan Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang membawa lembu dan kambing mereka berpindah ke kawasan ladang pastura pada musim panas.






http://malay.cri.cn/601/2016/06/06/26s162965.htm

Thursday, June 16, 2016

Keperluan Beragama Penduduk Xinjiang Dijamin


Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan kertas putih mengenai hak kebebasan beragama di Xinjiang.

Menurut kertas putih itu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mengamalkan konsep pengurusan dan perkhidmatan yang sama penting, iaitu berusaha memenuhi keperluan penganut agama secara sederhana, di samping menguruskan hal ehwal agama berdasarkan undang-undang.

Kertas putih tersebut memaklumkan, terdapat 24.8 ribu rumah ibadat termasuk masjid, gereja, kuil Buddha dan tokong Tao di Xinjiang dengan kira-kira 29.3 ribu tokoh agama dan pihak yang terlibat dalam urusan agama, bagi memenuhi keperluan beribadat penduduk tempatan.

Selain itu, Xinjiang juga meningkatkan latihan kepada para pekerja untuk menaikkan tahap pengurusan diri kumpulan agama.



http://malay.cri.cn/601/2016/06/02/123s162905.htm

Saturday, June 11, 2016

Umat Islam di Xinjiang Tunaikan Solat Sunat Tarawih


Hampir seratus umat Islam menunaikan solat sunat tarawih yang pertama di Masjid Resitan, kaunti Kuqa, wilayah autonomi Uygur China pada malam 5 Jun lalu.

Solat sunat tarawih dilaksanakan setelah menunaikan solat fardu Isyak dan digalakkan beribadah sehingga akhir malam pada sepanjang bulan Ramadan bagi mendekatkan diri kepada Tuhan. Ibadah solat sunat itu juga menandakan bermulanya bulan Ramadan yang mulia.

Masjid Resitan yang dibina pada tahun 1579, terletak di daerah lama kaunti Kuqa serta telah dinaik taraf pada tahun 1944. Kini, masjid tersebut boleh memuatkan lebih 3,000 orang untuk solat berjemaah bersama-sama.





http://malay.cri.cn/601/2016/06/06/241s162947.htm

Wednesday, June 1, 2016

Kyrgyzstan, China Terus Pergiat Perkongsian Strategik


Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambyev ditemui Menteri Luar China, Wang Yi di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan pada 22 Mei lalu.

Atambyev menyatakan bahawa bantuan dan sokongan besar yang diberikan oleh China terhadap perkembangan sosioekonomi Kyrgyzstan mempertingkatkan keupayaan pembangunan usaha diri negaranya. Kyrgyzstan bersedia terlibat secara proaktif dalam pembangunan jalur ekonomi Laluan Sutera, bekerjasama dengan China untuk membanteras pengganas, ekstremis dan pemisah, agar terus mempergiat pembangunan perkongsian strategik antara Kyrgyzstan dan China.

Wang Yi berkata, hubungan China dengan Kyrgyzstan telah membuahkan hasil yang baharu sejak perkongsian strategik terjalin pada tahun 2013. China bersedia bersama dengan Kyrgyzstan mengambil peluang pembinaan bersama Jalur dan Jalan (B&R) untuk menjana kerjasama bilateral dalam bidang kapasiti pengeluaran, infrastruktur dan sosiobudaya.



http://malay.cri.cn/601/2016/05/23/241s162712.htm