Pages

Wednesday, June 1, 2016

Kyrgyzstan, China Terus Pergiat Perkongsian Strategik


Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambyev ditemui Menteri Luar China, Wang Yi di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan pada 22 Mei lalu.

Atambyev menyatakan bahawa bantuan dan sokongan besar yang diberikan oleh China terhadap perkembangan sosioekonomi Kyrgyzstan mempertingkatkan keupayaan pembangunan usaha diri negaranya. Kyrgyzstan bersedia terlibat secara proaktif dalam pembangunan jalur ekonomi Laluan Sutera, bekerjasama dengan China untuk membanteras pengganas, ekstremis dan pemisah, agar terus mempergiat pembangunan perkongsian strategik antara Kyrgyzstan dan China.

Wang Yi berkata, hubungan China dengan Kyrgyzstan telah membuahkan hasil yang baharu sejak perkongsian strategik terjalin pada tahun 2013. China bersedia bersama dengan Kyrgyzstan mengambil peluang pembinaan bersama Jalur dan Jalan (B&R) untuk menjana kerjasama bilateral dalam bidang kapasiti pengeluaran, infrastruktur dan sosiobudaya.



http://malay.cri.cn/601/2016/05/23/241s162712.htm

No comments:

Post a Comment