Pages

Sunday, March 29, 2015

Xi Jinping Temui PM Malaysia


Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Boao, provinsi Hainan semalam.

Presiden Xi mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Najib dalam Sidang Tahunan Forum Asia Boao 2015, di samping melahirkan harapan untuk terus merancakkan kordinasi dan bertukar-tukar pendapat dengan Malaysia terhadap isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

Xi berkata, kedua-dua negara hendaklah terus memperdalam kerjasama dalam pembangunan taman perindustrian, landasan kereta api dan kewangan, dan menggalakkan interaksi antara golongan pelajar dan belia, selain merapatkan kerjasama dalam urusan antarabangsa.

Tambah beliau, Malaysia kini menyandang jawatan pengerusi bergilir ASEAN. China akan terus memberikan sokongan kepada pembangunan Komuniti ASEAN dan menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama Asia Timur.

Najib pula menegaskan bahawa hubungan dengan China merupakan keutamaan dalam dasar luar Malaysia. Pihaknya mengalu-alukan Bank of China (BOC) melakukan pembayaran dengan mata wang RMB di Malaysia, dan menyokong penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia(AIIB) serta saranan pembangunan Laluan Sutera Maritim Abab Ke-21



http://malay.cri.cn/901/2015/03/28/21s155308.htm

Tuesday, March 24, 2015

Wang Yi Temui Kishida Fumio


Menteri Luar China, Wang Yi menemui rakan sejawatnya dari Jepun, Kishida Fumio sebelum menghadiri Pertemuan Menteri Luar China, Jepun dan Republik Korea Ke-7 di Seoul semalam.

Wang Yi berkata, China dan Jepun telah mencapai persepakatan empat perkara mengenai memperbaiki hubungan dua hala sempena Sidang Kemuncak APEC pada bulan November lalu di Beijing. Sama ada hubungan antara kedua-dua negara ini dapat diperbaiki, bergantung kepada pelaksanaan persepakatan tersebut. Jepun patut mengkaji faktor yang menjejaskan hubungan dua hala pada beberapa tahun lalu, menangani masalah sejarah dengan betul, dan memberikan syarat baik bagi perkembangan dua hala yang normal.

Kishida Fumio pula berkata, interaksi dan kerjasama kedua-dua negara dalam beberapa sektor dipulihkan selepas persepakatan empat perkara dicapai pada tahun lalu. Kedua-dua negara diharap mengambil peluang pertemuan menteri luar kali ini, meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam pelbagai peringkat dan bidang, memperkukuh trend memperbaiki hubungan dua hala dan berusama bersama-sama untuk mengembangkan hubungan dua hala menghadapi ke hadapan. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II dan penubuhan PBB, Jepun berhasrat untuk menjunjung semangat memandang sejarah dengan betul dan memandang masa hadapan, memberikan sumbangan demi memperbaiki hubungan dengan China.



http://malay.cri.cn/601/2015/03/22/27s155173.htm

Thursday, March 19, 2015

Li Keqiang Ucapkan Tahniah kepada Ekspo Hannover


Perdana Menteri China, Li Keqiang menyampaikan ucapan tahniah kepada Ekspo Elektronik, Maklumat dan Komunikasi Hannover 2015 yang dirasmikan di Jerman semalam. China merupakan rakan kerjasama bagi ekspo kali ini.

Li dalam ucapan tahniah itu berkata, kerajaan China mengemukakan "Buatan China 2025" sebagai pelan pembangunan industri pengeluaran China dalam jangka masa 10 tahun akan datang. China dan Jerman mempunyai potensi besar dalam bidang penggunaan teknologi internet, digital dan pintar.


Canselor Jerman, Angela Merkel ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian ekspo berkata, China merupakan rakan dagangan terbesar Jerman di Asia dan rakan kerjasama penting negara itu dalam sektor penyelidikan dan penerokaan teknologi tinggi. Kedua-dua negara perlu melaksanakan kerjasama saling melengkapi.

Naib Perdana Menteri China, Ma Kai turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian itu.



http://malay.cri.cn/601/2015/03/16/27s155057.htm

Saturday, March 14, 2015

Isu HK: China Bantah Campur Tangan Kanada


Jawatankuasa Hal-Ehwal Luar Negeri Parlimen Kanada mengadakan testimoni mengenai isu Hong Kong pada 11 Mac lalu. Pemimpin puak pembangkang Hong Kong, Martin Lee Chu-ming memberikan keterangan dalam testimoni itu. Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, Hong Kong merupakan wilayah pentadbiran khas China. Kanada tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan Hong Kong, yang merupakan hal-ehwal dalaman China.

Menurut Hong, pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" telah mencapai kejayaan besar di Hong Kong sejak wilayah itu kembali ke pangkuan tanah air. Pemilihan umum Ketua Eksekutif Hong Kong berdasarkan Undang-Undang Asas dan keputusan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), jika dapat direalisasikan menjelang tahun 2017, akan membawa kemajuan kepada pembangunan demokrasi di wilayah berkenaan. Kerajaan pusat dengan tegas menyokong usaha Hong Kong untuk mewujudkan sasaran tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/03/13/41s155024.htm

Monday, March 9, 2015

Persidangan Tahunan CPPCC Dirasmikan di Beijing


Persidangan ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-12 dirasmikan di Beijing petang tadi. Presiden, Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang dan pemimpin negara yang lain menghadiri sidang tersebut.  


Pengerusi CPPCC, Yu Zhengsheng membentangkan laporan kerja CPPCC pada tahun lalu, dan rancangan kerja pada tahun ini



http://malay.cri.cn/601/2015/03/03/26s154844.htm

Wednesday, March 4, 2015

Lv Xinhua: China Hormati dan Lindungi Kebebasan Beragama Muslim


Fakta membuktikan kerajaan China menghormati dan melindungi kebebasan beragama kaum Muslim. Demikian dinyatakan jurucakap Persidangan ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-12, Lv Xinhua, dalam sidang media petang tadi.

Semasa memberikan jawapan kepada wartawan, Lv Xinhua, menyatakan jumlah masjid di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mencatat lebih 2000 buah pada ketika dasar pembaharuan dan pintu terbuka baru dilaksanakan, manakala angka itu meningkat kepada lebih 20 ribu buah pada masa sekarang. Bilangan petugas masjid pula meningkat daripada lebih 3000 orang kepada lebih 28 ribu orang.


Bermula pada tahun 2001, kerajaan tempatan telah menghantar 47 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi Islam di Mesir dan Pakistan. Selain itu, di seluruh Xinjiang telah diedarkan lebih sejuta kitab agama, buku dan majalah dalam bahas Uygur.



http://malay.cri.cn/601/2015/03/02/26s154824.htm