Pages

Sunday, March 31, 2013

Taman Bunga Kamelia Terbesar di China


Taman Bunga Kamelia Huizhou di kota Huangshan seluas 260 hektar merupakan taman bunga kamelia yang terbesar di China.



Warna merah, merah jambu, putih, merah berbintik putih, kelopak selapis dan berlapis-lapis, terdapat seribu jenis bunga kamelia di taman ini.




Bunga kamelia berkembang dari penghujung Februari hingga April di taman yang terletak di kota Huangshan ini.






http://malay.cri.cn/621/2013/03/27/261s139260.htm

Tuesday, March 26, 2013

Armada China Berlabuh di Kepulauan Nansha


Armada China yang kini menjalankan latihan di kawasan perairan Laut China Selatan berlabuh di terumbu karang Chigua dan Yongshu semalam. Panglima Armada tersebut, Jiang Weilie turut mengunjungi anggota tentera yang bertugas di kedua-dua terumbu karang tersebut.


Terumbu karang Yongshu terletak di bahagian barat laut Kepulauan Nansha sejauh 740 meter batu dari Tanah Besar China. Selain air tawar, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan anggota tentera, pulau itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrakstuktur, termasuk perkhidmatan telekomunikasi 3G yang disediakan oleh Syarikat China Mobile dan China Telecom.



http://malay.cri.cn/601/2013/03/25/21s139181.htm

Thursday, March 21, 2013

UMRAH 4 - 18 MAC 2013

selepas tawaf
bukit safa dan marwah

jabal rahmah
luar masjidil haram




ladang unta


masjid nabawi
masjid quba
bukit uhud
mimbar nabi muhammad s.a.w.
rumah nabi muhammad s.a.w.



















maqam nabi muhammad s.a.w., saidina abu bakar & saidina umar
dalam al-raudhah
dalam al-raudhah



Saturday, March 16, 2013

Pemimpin China Utuskan Kawat Takziah atas Kepergian Hugo Chavez


Presiden China, Hu Jintao dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping semalam masing-masing mengutuskan kawat takziah kepada Presiden Sementara Venezuela, Nicolas Maduro atas kepergian Presiden, Hugo Rafael Chavez Frias. Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo pula mengutus kawat takziah kepada Pengerusi Kongres Kebangsaan Venezuela, Diosdado Cabello Rondon.


Pada hari yang sama, Anggota Tetap Biro Politik China, Yu Zhengsheng mewakili kerajaan China menziarahi Kedutaan Besar Venezuela di Beijing dan menyampaikan kalungan bunga atas kepergian Chavez.



http://malay.cri.cn/601/2013/03/07/101s138738.htm

Monday, March 11, 2013

Rondaan Helikopter di Laut China Selatan


Helikopter maritim China menjalankan rondaan untuk memantau keadaan di kawasan perairan Pulau Dongmen, Laut China Selatan pada petang semalam. Ini merupakan kali pertama helikopter China menjalankan rondaan berkenaan di perairan tersebut.


Pegawai Jabatan Maritim Provinsi Guangdong berkata, armada yang terdiri daripada tiga buah kapal peronda dan sebuah helikopter telah berlepas dari Pelabuhan Sanya, provinsi Hainan pada 28 Februari yang lalu untuk menjalankan rondaan di Laut China Selatan. Pada masa ini, armada itu telah belayar lebih 800 batu nautika.





http://malay.cri.cn/601/2013/03/05/41s138676.htm

Wednesday, March 6, 2013

Sidang Tahunan CPPCC di Beijing


Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing petang tadi. Ini merupakan sidang tahunan pertama bagi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-12 dalam tempoh lima tahun akan datang. Pemimpin China termasuk Hu Jintao dan Xi Jinping telah menghadiri majlis perasmian sidang itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-11 Jia Qinglin mewakili Jawatankuasa Tetap CPPCC ke-11 membentangkan laporan kerja dalam tempoh lima tahun lalu serta mengeluarkan cadangan kepada kerja CPPCC dalam penggal baharu.


Seramai lebih 2,200 ahli CPPCC ke-12 menghadiri sidang itu dan memulakan tugas mereka.




http://malay.cri.cn/601/2013/03/03/26s138604.htm

Friday, March 1, 2013

Ahli Keluarga Mangsa Belon Udara Panas Hong Kong Tiba di Kaherah


Mayat sembilan mangsa warga China dari Hong Kong yang terlibat dalam nahas belon udara panas di Luxor telah dibawa ke Kaherah, ibu negara Mesir. Ahli keluarga mangsa tersebut dijangka tiba di sana petang ini untuk mengendalikan semua urusan selepas kemalangan dan membawa balik mayat mangsa.


Kerajaan pusat China dan kerajaan Hong Kong masing-masing menghantar pegawai ke Mesir untuk membantu Mesir menguruskan hal yang berkaitan.



http://malay.cri.cn/601/2013/02/27/26s138522.htm