Pages

Wednesday, March 6, 2013

Sidang Tahunan CPPCC di Beijing


Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing petang tadi. Ini merupakan sidang tahunan pertama bagi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-12 dalam tempoh lima tahun akan datang. Pemimpin China termasuk Hu Jintao dan Xi Jinping telah menghadiri majlis perasmian sidang itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-11 Jia Qinglin mewakili Jawatankuasa Tetap CPPCC ke-11 membentangkan laporan kerja dalam tempoh lima tahun lalu serta mengeluarkan cadangan kepada kerja CPPCC dalam penggal baharu.


Seramai lebih 2,200 ahli CPPCC ke-12 menghadiri sidang itu dan memulakan tugas mereka.




http://malay.cri.cn/601/2013/03/03/26s138604.htm

No comments:

Post a Comment