Pages

Sunday, September 30, 2012

Makanan Ringan Tradisional Xinjiang


Acara menikmati makanan ringan tradisional Xinjiang dirasmikan di Pekan Ruoqiang semalam.




Makanan ringan tradisional yang memiliki ciri-ciri unik seperti BBQ, jagung, roti dan labu, menarik ramai pelancong.



Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena Hari Pelancongan Kebudayaan Loulan ke-5 demi mempromosikan kebudayaan makanan dan pelancongan Ruoqiang.



http://malay.cri.cn/601/2012/09/26/27s134692.htm

Tuesday, September 25, 2012

Liaoning, Kapal Induk Pertama China Berkhidmat



Kapal induk pertama China, "Liaoning" berkhidmat secara rasmi pagi tadi. Setelah diatur berkhidmat dalam Tentera Laut China, kapal induk tersebut masih akan menerima sesiri ujian berkenaan. Presiden China, Hu Jintao menghadiri majlis penyerahan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China kerap kali berkata, tentera laut negara ini tidak mengubah strategi pertahanan di perairan dekat, dan yakin kapal induk 'Liaoning" akan memainkan peranan positif bagi meningkatkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.




http://malay.cri.cn/601/2012/09/25/61s134681.htm

Thursday, September 20, 2012

Beijing Bebas Visa 72 Jam Bagi Warga Asing


Bebas visa selama 72 jam bagi warga asing yang menjadikan Beijing sebagai destinasi transit akan dilaksanakan di bandar raya tersebut tidak lama lagi.

Demikian dimaklumkan oleh Naib Datuk Bandar Beijing, Ding Xiangyang pada Sidang Kemuncak Persekutuan Bandar-Bandar Pelancongan Dunia, di Beijing hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan langkah tersebut dipercayai akan menarik kedatangan lebih ramai pelancong asing ke Beijing. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, jumlah pelancong ke bandar raya ini dijangka akan digandakan kepada 10 juta orang daripada lima juta orang sekarang.




http://malay.cri.cn/601/2012/09/15/121s134336.htm

Saturday, September 15, 2012

Presiden China, Hu Jintao mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di Beijing



Presiden China, Hu Jintao mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di Beijing pagi tadi. Ini merupakan lawatan kedua Clinton ke China tahun ini.

Hu Jintao berkata, Clinton melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan pembangunan Balai AS di Ekspo Dunia di Shanghai, China dan mendorong pelaksanaan rancangan pelajar warga AS melanjutkan pelajaran ke China. China memuji usaha Clinton tersebut yang mencerminkan beliau menumpukan perhatian penuh terhadap perkembangan hubungan antara China dengan AS.

Clinton berkata, melalui kepimpinan Presiden, Barack Obama, AS dan China merapatkan kerjasama pragmatik dalam banyak aspek sekali gus mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.




http://malay.cri.cn/601/2012/09/05/61s134022.htm

Monday, September 10, 2012

Hu Jintao Berunding Dengan Mohamed Mursi


Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan rundingan dengan Presiden Mesir, Mohamed Mursi di Dewan Besar Rakyat Beijing petang semalam.


Hu Jintao berkata, lawatan Presiden Mohamed Morsy pasti akan merapatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam banyak aspek. Menurut Presiden Hu, China bersedia bertukar-tukar pendapat dengan Presiden Mohamed Morsy tentang usaha meningkatkan hubungan dua hala dan isu antarabangsa dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama



Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara menghadiri upacara penandatanganan dokumen kerjasama yang berkenaan.



http://malay.cri.cn/601/2012/08/29/61s133854.htm

Wednesday, September 5, 2012

Kemalangan Bas Penumpang Dahsyat Di Yan'an Disiasat


Seramai 36 orang maut dan 3 lagi cedera akibat pelanggaran bas penumpang dengan kereta tangki muatan metanol yang teruk di lebuh raya Baomao, kaunti Ansai, bandar Yan'an provinsi Shaanxi China 


Kumpulan Penyiasat Dewan Negara dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan tiba di tempat kejadian dan mengatur tindakan susulan dengan segera. Pegawai Kumpulan Penyiasat Dewan Negara menyatakan, kemalangan itu perlu disiasat dengan teliti dan mereka yang bertanggungjawab terhadap kemalangan itu perlu diadili di sisi undang-undang.


 Iktibar perlu diambil dan sistem berkenaan perlu dilengkapi untuk mengelak kemalangan serupa daripada berulang.



http://malay.cri.cn/601/2012/08/27/61s133823.htm