Pages

Wednesday, August 26, 2015

Pengerusi IAAF Dianugerahi Sijil


Pengerusi Gabungan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Lamine Diack, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya dianugerahi sijil "penduduk terhormat Beijing" oleh Datuk Bandar Beijing, Wang Anshun, semalam.


Lamine Diack memegang kunci emas bandar Beijing.



http://malay.cri.cn/601/2015/08/21/41s158274.htm

Friday, August 21, 2015

Beberapa Syarikat di Pelabuhan Tianjin Beroperasi Semula

Pada hari kelapan selepas berlakunya letupan dan kebakaran yang dahsyat di Pelabuhan Tianjin, beberapa buah syarikat di pelabuhan tersebut didapati memulakan operasi perniagaan seperti biasa.

Naib Pengurus syarikat Terminal Kontena Antarabangsa Lima Benua Tianjin, Zhang Peng, memaklumkan pelbagai kemudahan milik syarikat itu telah dibaiki satu demi satu bermula 13 Ogos lalu, manakala sistem pengangkutan laut juga semakin pulih.

Wartawan turut dimaklumkan bahawa operasi keseluruhan Pelabuhan Tianjin sudah hampir pulih. Setakat ini, sebanyak 27 buah kapal kontena berlabuh di pelabuhan itu. Jumlah kontena yang boleh dimuatkan dan dipunggah di pelabuhan tersebut mencatat 41 ribu buah kontena.


Banyak ikan didapati mati di kawasan perairan Donggu, Sungai Haihe yang berjarak beberapa kilometer dari lokasi insiden itu pukul 4.00 petang semalam. Ketika menyebut tentang hal itu, Ketua Pusat Pemantauan Alam Sekitar Bandar Tianjin, Deng Xiaowen, mengakui persekitaran air di Tianjin tidak begitu memuaskan pada masa ini. Menurut beliau air tercemar yang mengalir ke dalam Sungai Haihe selalu mengakibatkan banyak hidupan laut mati. Keadaan ini juga berlaku di beberapa sungai lain di Tianjin.



http://malay.cri.cn/601/2015/08/21/26s158263.htm

Sunday, August 16, 2015

Stesen Kereta Api Laju Bawah Tanah Terbesar Dunia Siap Dibina


Projek pembinaan stesen kereta api laju bawah tanah yang terbesar di dunia, iaitu Stesen Yujiapu di Tianjin telah siap dibina dan akan mula digunakan pada bulan ini.


Setelah stesen tersebut digunakan, perjalanan dari Beijing ke Kawasan Baharu Binhai Tianjin hanya mengambil masa 45 minit. Kemudahan ini telah mendorong pembinaan kawasan ekonomi berjarak kurang daripada 30 minit serta laluan keemasan Beijing-Tianjin-Kawasan Baharu Binhai.



http://malay.cri.cn/601/2015/08/08/122s158054.htm

Tuesday, August 11, 2015

Tuan Rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Diumumkan 31 Julai


Seramai 1,400 wartawan tiba di Kuala Lumpur, Malaysia untuk membuat liputan tentang Perhimpunan ke-128 Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) yang bakal diadakan pada 31 Julai hingga 3 Ogos depan.

Tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 tahun 2022 akan dipilih dan diumumkan dalam perhimpunan itu.


Dimaklumkan, Almaty dan Beijing, dua buah bandar calon akan masing-masing membuat penyampaian dan menjawab soalan pada pagi 31 Julai ini. Pengundian akan diadakan dan keputusannya akan diumumkan kemudian.





http://malay.cri.cn/601/2015/07/28/125s157792.htm

Thursday, August 6, 2015

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-48 Dirasmikan di Kuala Lumpur


Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 dirasmikan di Kuala Lumpur, Malaysia hari ini. Mesyuarat ini bagi merumuskan kemajuan pembinaan komuniti ASEAN dan membuat persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember nanti.

Perdana Menteri Malaysia iaitu negara pengerusi ASEAN tahun ini, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perasmian berkata, wawasan komuniti ASEAN selepas tahun 2015 akan ditetapkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. Komuniti ASEAN akan siap ditubuhkan menjelang penghujung bulan Disember dan ini langkah penting demi mewujudkan konsep "satu hasrat, satu identiti, satu komuniti".

Sidang Menteri Luar China-ASEAN (10+1), Sidang Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Sidang Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) turut diadakan di Malaysia bermula hari ini. Menteri Luar China, Wang Yi, akan menghadiri siri mesyuarat tersebut.



http://malay.cri.cn/901/2015/08/04/27s157970.htm























Saturday, August 1, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di China


Umat Islam bersolat menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Niujie, Beijing. Penduduk Islam di seluruh negara China menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang penuh meriah dan ceria pada 18 Julai.


Penduduk Islam mengucapkan selamat hari raya selepas menunaikan solat di Masjid Niujie.


Penduduk Islam bersolat menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Nanguan, Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Hui Ningxia.



Penduduk Muslim membeli makanan halal di gerai-gerai yang didirikan di tempat berhampiran Masjid Nanguan.



http://malay.cri.cn/601/2015/07/18/21s157637_2.htm