Pages

Friday, October 28, 2011

Kapal Angkasa Lepas Shenzhou VIII akan Dilancarkan


Roket pembawa Long March II F yang membawa kapal angkasa lepas Shenzhou VIII akan dilancarkan pada awal bulan November di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan China.



Kapal angkasa yang membawa angkasawan itu akan menjalankan misi untuk bercantum dengan kapal angkasa Tiangong I yang sedang mengelilingi orbitnya.





http://malay.cri.cn/601/2011/10/26/41s125307.htm

Friday, October 14, 2011

China Utamakan Dasar Keseimbangan Dagangan


Perdana Menteri China, Wen Jiabao menegaskan bahawa China sentiasa mengutamakan dasar untuk mendorong keseimbangan perdagangan. China tidak semata-mata mengejar lebihan dagangan sebaliknya turut menekankan keperluan mengimport. Negara itu meramalkan lebihan dagangannya berkurangan 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Wen Jiabao menyatakan demikian ketika merasmikan Ekspo Import dan Eksport China ke-110 hari ini.


Beliau berkata, perdagangan import dan eksport China sedang berkembang ke arah yang lebih seimbang. Lebihan dagangan pada tahun 2009 berkurangan sebanyak USD 100 bilion dolar Amerika berbanding pada tahun 2008. Pada tahun lepas, ia berkurangan sebanyak USD 12.6 bilion dolar..

Menurut Wen Jiabao, dijangkakan keseluruhan import China akan melebihi 8 trilion dolar dalam lima tahun akan datang. Ini akan memberikan banyak peluang perniagaan kepada negara lain. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan negara asal lebihan perdagangan berkenaan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan itu.

Sementara itu, China juga berharap negara berkenaan mengiktiraf kedudukan pasaran ekonomi China secepat mungkin, melonggarkan sekatan eksport produk berteknologi tinggi bagi mewujudkan iklim keseimbangan dalam pembangunan dagangan dua hala.



http://malay.cri.cn/601/2011/10/14/123s125032.htm

Tuesday, October 11, 2011

Majlis Rasmi Rai Ulang Tahun Ke-100 Revolusi 1911


Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-100 Revolusi 1911 diadakan di Dewan Agung Rakyat Beijing pagi tadi.

Presiden Hu Jintao menyampaian ucapan dalam majlis tersebut. Pegawai-pegawai kanan yang turut hadir ialah Jiang Zeming, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqing dan Zhou Yongkang.

Hu Jintao berkata, Parti Komunis China merupakan penyokong yang paling kuat kepada pelopor Sun Yat Sen, dan juga pewaris yang paling setia dalam meneruskan cita-cita revolusi 1911 dengan kerjasama yang jitu.


Selepas penubuhan Republik Rakyat China dan amalan dasar pembaharuan serta pintu terbuka, pembangunan negara mencapai hasil yang cemerlang. Cita-cita Sun Yat-sen dan para perintis revolusi turut diperkembangkan.

Hu Jintao menyeru Taiwan untuk bersama-sama dengan Tanah Besar mengutamakan pembangunan damai dalam hubungan kedua-dua pihak. Mereka juga diminta menentang sebarang usaha untuk "kemerdekaan Taiwan" dan mengekalkan "Kesepakatan 1992". Pertukaran dan kerjasama sesama bangsa di kedua-dua Selat Taiwan perlu diperluaskan. Kedua-dua pihak perlu mengatasi masalah dan konfrontasi yang mendepani serta berusaha bersama untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.

Majlis sambutan tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat Kebangsaan, Jia Qinglin.

Pada tahun 1911, para perintis revolusi China yang diwakili oleh Sun Yat-sen melancarkan revolusi yang menggulingkan pentadbiran Dinasti Qing, menghancurkan monarki autokratik yang telah dilaksanakan selama ribuan tahun dan berjaya membuka pintu untuk negara ini berkembang menuju arah kemajuan.



http://malay.cri.cn/601/2011/10/09/102s124782.htm

Sunday, October 9, 2011

Kumpulan Pertama Jemaah Haji China Bertolak


Dua penerbangan carter yang membawa kumpulan pertama seramai 664 orang jemaah haji China tahun 2011 telah berlepas dari Beijing ke Arab Saudi semalam.

Sepanjang musim haji tahun ini, sebanyak 41 penerbangan carter dari tiga syarikat penerbangan, iaitu Air China, China Southern dan China Eastern akan menghantar lebih 13,700 jemaah haji China ke Arab Saudi.

Rombongan jemaah haji China dijadualkan pulang ke tanah air setelah menunaikan fardu haji di Mekah pada 5 hingga 9 November nanti.

Friday, October 7, 2011

ASIA bakal kuasai teknologi

BIMBANG...kemunculan China serta negara Asia sebagai pesaing dalam bidang penyelidikan menggusarkan ramai saintis dari negara Eropah sekali gus memberi tamparan hebat kepada mereka.

JIKA dulu, hanya Amerika Syarikat ( AS), Jepun dan negara Eropah saja boleh mendabik dada dan mengakui kehebatan mempelopori bidang penyelidikan dunia, kini mereka terpaksa mengakui persaingan hebat dari China.

Persaingan itu membabitkan peningkatan mendadak dalam penghasilan produk penyelidikan di institusi pengajian tinggi selain bantuan dan dana kewangan yang mencurah dari syarikat korporat.

BERPUSU-PUSU...peningkatan bidang penyelidikan, pembangunan dan teknologi turut menyumbang kepada penawaran pekerjaan kepada rakyat China sekali gus meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi.


Ini sekali gus menggugat kedudukan negara berkenaan yang selama ini memegang carta teratas dalam hasil penyelidikan dan komersil.

Lebih parah, kualiti produk sedia ada tidak lagi menjadi keutamaan sebaliknya ‘perlumbaan’ dan ‘percakaran’ siapa terbaik di kalangan yang terbaik.


Berdasarkan Kajian Sains Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada Hari Sains Sedunia di Paris, November tahun lalu, mendapati pembabitan China sebagai kuasa baru dalam dunia penyelidikan sangat pantas dan mengagumkan.

Peningkatan itu berdasarkan beberapa faktor seperti kepercayaan sektor korporat dan industri dalam memberi dana sebagai pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Secara tidak langsung turut memberi kesan positif terhadap pembangunan sains dan teknologi.
BERI CABARAN...penyelidikan dan pembangunan di India juga berjaya mempertingkatkan lagi penggunaan teknologi di negara terbabit hingga memberi cabaran kepada negara sudah terkenal.

“Ini satu fenomena mengagumkan kerana jika berdasarkan sejarahnya, China dianggap masih baru dalam dunia penyelidikan dan pembangunan berbanding tiga negara berkenaan yang sudah jauh mendahului.

“Namun sokongan dan keberanian sektor industri melabur bagi membantu meningkatkan taraf penyelidikan di negara itu menjadikannya sebagai pesaing kompetitif, dinamik serta mampu menggugat.

“Perkembangan ini menunjukkan kehendak mereka begitu tinggi dalam menghasilkan pembangunan dan kemajuan jangka panjang serta wajar diberi pujian.

“Pada masa sama menjadi ‘amaran’ kepada negara lain supaya terus berusaha,” kata Pengarah Urusan Unesco, Irina Bokova.

Kajian itu dilaksanakan kumpulan pakar antarabangsa yang menjalankan penyelidikan semasa dalam pembudayaan sains dan teknologi berdasarkan perubahan kualiti serta kuantiti secara global.

Setiap bahagian dibahagikan kepada kawasan tertentu dengan ciri berbeza termasuk penekanan terhadap negara berpotensi tinggi dalam R&D seperti Brazil, Kanada, Cuba dan Turki.
OPTIMIS...sokongan dari pelabur memberi harapan baru kepada penyelidik di China hingga mampu melonjakkan lagi bidang penyelidikan.

Selain hasil penyelidikan, ia turut memberi fokus kepada peningkatan penyelidik
di negara membangun yang amat memberangsangkan iaitu 38 peratus pada 2007 dengan sebahagian besarnya dari China iaitu 1,423,400.

Peningkatan itu sekali gus membantu melonjakkan lagi perbelanjaan domestik Asia dalam R&D dan meletakkannya sebagai antara pesaing besar penyelidikan dunia.

Selain kemampuan China, India dan Korea Selatan turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan antara 27 hingga 32 peratus dalam tempoh hanya lima tahun.

Malangnya, dalam tempoh itu menunjukkan penurunan bagi AS, negara Eropah dan Jepun sekali gus membuktikan mereka sebenarnya perlu berusaha lebih keras bagi memperoleh kembali keyakinan serta kepercayaan pihak pelabur yang kini mengalih tumpuan kepada Asia.

“Situasi ini sangat memeranjatkan kerana sejak lama mendominasi carta, mereka kini semakin diketepikan meskipun dari segi kepakaran adalah yang terbaik. Perkembangan ini juga sukar ditafsir dan dijangka.

“Tumpuan pelabur kini adalah ke negara yang menunjukkan lebih kesungguhan untuk mempelopori dunia penyelidikan baru. Meskipun hasilnya masih belum terbukti sepenuhnya, mereka tetap berkeyakinan.

“Ini juga satu cabaran baru kepada negara berkenaan untuk meyakinkan pengeluar dana bahawa apa yang diberikan tidak sia-sia sebaliknya mampu memberi pulangan setimpal atau lebih tinggi,” katanya turut mengakui kos rendah juga antara faktor pelabur beralih arah.

“Tukaran kadar wang asing yang tidak menentu juga antara sebab mengapa mereka mahu mencuba di negara baru kerana risikonya lebih rendah. Dalam hal ini, negara Asia mempunyai banyak kelebihan.
LURU KE ANGKASA...pelancaran roket membawa modul Tiangong-1 membuktikan kemampuan China. Ia sebahagian rancangan membina stesen angkasa lepas.


“Apatah lagi dengan pembangunan pesat sektor pendidikan yang kini menjadikan Asia sebagai transit terbaru masyarakat seluruh dunia, meninggikan lagi peluang sedia ada. Banyak kelebihan diperoleh dan ia dimanfaatkan dengan baik hingga menjadikannya sebagai hab pendidikan global,” katanya.

Meskipun andaian ia mampu menimbulkan konflik, perkembangan itu seharusnya dilihat dari sudut positif kerana mampu menyumbang kepada peningkatan penghasilan produk yang boleh dikomersialkan dari dunia penyelidikan.

Manfaat itu, katanya, lebih berharga daripada sebarang pertikaian atau sikap mendabik dada kerana keutamaan adalah menjadikan kejayaan penyelidikan itu sebagai batu loncatan menghasilkan kehidupan lebih baik.

“Selain meningkatkan lagi taraf dan penemuan baru bagi manfaat kehidupan sejagat. Jika menjadikan konflik itu sebagai agenda utama, nilai penyelidikan itu tiada gunanya meskipun mampu menghasil�kan penemuan menakjubkan atau keuntungan berlipat ganda.

“Alasan mengapa penyelidikan itu dilakukan perlu diletakkan di tangga teratas supaya salah faham atau konflik yang timbul boleh diperbetulkan. Malangnya, ketaksuban terhadap siapa paling handal mengaburi segalanya.” katanya.

INFO


  • Pada 2002, sebanyak 83 peratus kajian penyelidikan dan pembangunan disumbangkan negara membangun.

  • Selain Asia, antara negara yang semakin menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya masih mampu menarik perhatian pelabur ialah Jerman, Perancis dan United Kingdom.

  • Eropah, AS dan China menyumbang 20 peratus penyelidik di seluruh dunia manakala Jepun 10 peratus dan Kesatuan Russia tujuh peratus.




  • http://www.hmetro.com.my/articles/Asiabakalkuasaiteknologi/Article

    Wednesday, October 5, 2011

    Orang Shanghai Berebut-rebut Beli Emas

    Harga emas yang turun menjunam telah merangsang pembelian barang emas di Shanghai sempena cuti panjang Hari Kebangsaan yang juga dipanggil "Minggu Emas".


    Menurut Pusat Maklumat Komersial Shanghai, dalam tempoh tiga hari pertama sahaja sempena cuti Hari Kebangsaan China, lebih 60 buah pusat beli-belah di Shanghai telah mencatat jualan barang emas sebanyak 1.035 bilion Yuan RMB, meningkat lebih 40% berbanding masa yang sama tahun lalu.



    http://malay.cri.cn/601/2011/10/05/122s124727.htm

    Monday, October 3, 2011

    Hari Kebangsaan Disambut Meriah di China


    Upacara meletakkan kalung bunga kepada Tugu Peringatan Pahlawan di Medan Tian'anmen Beijing diadakan sempena ulang tahun ke-62 penubuhan Republik Rakyat China semalam. Upacara itu turut dihadiri oleh pemimpin China antara lain Presiden Hu Jintao, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC), Wu Bangguo dan Perdana Menteri Wen Jiabao.


    Aktiviti merayakan Hari Kebangsaan juga diadakan di pelbagai tempat di China. Ini termasuk persembahan tarian dan seni mempertahankan diri yang diadakan di Xi'an, sebuah bandar yang bersejarah di negara ini. 


    Dalam jamuan Hari Kebangsaan yang diadakan di Beijing pada 30 September lalu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata, tahun ini ialah ulang tahun ke-90 penubuhan Parti Komunis China dan juga tahun pertama bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-12. China komited untuk merealisasikan kemodenan negara di samping mengekalkan jalan pembangunan secara damai. Selain itu, China juga akan terus berusaha bersama rakyat pelbagai negara untuk memberi sumbangan kepada kedamaian dan kemakmuran dunia.



    http://malay.cri.cn/601/2011/10/02/21s124656.htm

    Saturday, October 1, 2011

    theme song THE SORCERER & THE WHITESNAKE

    林峰&黄圣依新歌《许诺》完整版,电影《白蛇传说》主题曲
    lagu tema daripada Raymond Lam & Eva Huang "YANG DIJANJIKAN" versi penuh filem "Ahli Sihir & Ular Putih"