Pages

Tuesday, October 11, 2011

Majlis Rasmi Rai Ulang Tahun Ke-100 Revolusi 1911


Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-100 Revolusi 1911 diadakan di Dewan Agung Rakyat Beijing pagi tadi.

Presiden Hu Jintao menyampaian ucapan dalam majlis tersebut. Pegawai-pegawai kanan yang turut hadir ialah Jiang Zeming, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqing dan Zhou Yongkang.

Hu Jintao berkata, Parti Komunis China merupakan penyokong yang paling kuat kepada pelopor Sun Yat Sen, dan juga pewaris yang paling setia dalam meneruskan cita-cita revolusi 1911 dengan kerjasama yang jitu.


Selepas penubuhan Republik Rakyat China dan amalan dasar pembaharuan serta pintu terbuka, pembangunan negara mencapai hasil yang cemerlang. Cita-cita Sun Yat-sen dan para perintis revolusi turut diperkembangkan.

Hu Jintao menyeru Taiwan untuk bersama-sama dengan Tanah Besar mengutamakan pembangunan damai dalam hubungan kedua-dua pihak. Mereka juga diminta menentang sebarang usaha untuk "kemerdekaan Taiwan" dan mengekalkan "Kesepakatan 1992". Pertukaran dan kerjasama sesama bangsa di kedua-dua Selat Taiwan perlu diperluaskan. Kedua-dua pihak perlu mengatasi masalah dan konfrontasi yang mendepani serta berusaha bersama untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.

Majlis sambutan tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat Kebangsaan, Jia Qinglin.

Pada tahun 1911, para perintis revolusi China yang diwakili oleh Sun Yat-sen melancarkan revolusi yang menggulingkan pentadbiran Dinasti Qing, menghancurkan monarki autokratik yang telah dilaksanakan selama ribuan tahun dan berjaya membuka pintu untuk negara ini berkembang menuju arah kemajuan.



http://malay.cri.cn/601/2011/10/09/102s124782.htm

No comments:

Post a Comment