Pages

Friday, October 14, 2011

China Utamakan Dasar Keseimbangan Dagangan


Perdana Menteri China, Wen Jiabao menegaskan bahawa China sentiasa mengutamakan dasar untuk mendorong keseimbangan perdagangan. China tidak semata-mata mengejar lebihan dagangan sebaliknya turut menekankan keperluan mengimport. Negara itu meramalkan lebihan dagangannya berkurangan 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Wen Jiabao menyatakan demikian ketika merasmikan Ekspo Import dan Eksport China ke-110 hari ini.


Beliau berkata, perdagangan import dan eksport China sedang berkembang ke arah yang lebih seimbang. Lebihan dagangan pada tahun 2009 berkurangan sebanyak USD 100 bilion dolar Amerika berbanding pada tahun 2008. Pada tahun lepas, ia berkurangan sebanyak USD 12.6 bilion dolar..

Menurut Wen Jiabao, dijangkakan keseluruhan import China akan melebihi 8 trilion dolar dalam lima tahun akan datang. Ini akan memberikan banyak peluang perniagaan kepada negara lain. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan negara asal lebihan perdagangan berkenaan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan itu.

Sementara itu, China juga berharap negara berkenaan mengiktiraf kedudukan pasaran ekonomi China secepat mungkin, melonggarkan sekatan eksport produk berteknologi tinggi bagi mewujudkan iklim keseimbangan dalam pembangunan dagangan dua hala.



http://malay.cri.cn/601/2011/10/14/123s125032.htm

No comments:

Post a Comment