Pages

Tuesday, April 30, 2013

Chang Wanquan Bertemu Martin E. Dempsey


Hubungan tentera China-AS merupakan komponen penting bagi hubungan kedua-dua negara. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ketika bertemu dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama tentera AS, Jeneral Martin Dempsey di Beijing semalam.

Chang Wanquan berkata, hubungan tentera kedua-dua negara berkembang positif berikutan kerjasama erat kedua-dua pihak. China menumpukan perhatian terhadap usaha mengeratkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara, dan bersedia bersama-sama dengan pihak AS membentuk hubungan ketenteraan yang setara, saling menguntungkan, saling bekerjasama dan menang-menang.

Martin Dempsey berkata, tentera kedua-dua negara telah meningkatkan kerjasama yang berjaya dalam bidang kerja menyelamat, antilanun dan perubatan.



http://malay.cri.cn/601/2013/04/24/61s139926.htm

Thursday, April 25, 2013

56 Maut dalam Gempa Bumi di Sichuan


Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher yang menggegarkan kaunti Lushan, bandar Ya'an di provinsi Sichuan pada pukul 8.02 pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 56 orang mati dan lebih 500 lagi cedera. Kumpulan bertindak yang terdiri daripada pegawai dari lapan jabatan kerajaan dihantar ke kawasan bencana untuk mengarahkan operasi menyelamat.
Gempa bumi ini berpusat di zon retak gunung Longmenshan, 13 kilometer di bawah bumi. Jabatan Pentadbiran Gempa Bumi China (CEA) turut menggerakkan tindak balas kecemasan pada tahap tertinggi.


Sejurus selepas gempa bumi itu, Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang segera mengarahkan agar semua langkah yang perlu diambil untuk menyelamatkan mangsa dan meminimumkan kematian dan kecederaan.


Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher yang menggegarkan kaunti Lushan, bandar Ya'an di provinsi Sichuan pada pukul 8.02 pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 56 orang mati dan lebih 500 lagi cedera. Kumpulan bertindak yang terdiri daripada pegawai dari lapan jabatan kerajaan dihantar ke kawasan bencana untuk mengarahkan operasi menyelamat.


Gempa bumi ini berpusat di zon retak gunung Longmenshan, 13 kilometer di bawah bumi. Jabatan Pentadbiran Gempa Bumi China (CEA) turut menggerakkan tindak balas kecemasan pada tahap tertinggi.


Sejurus selepas gempa bumi itu, Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang segera mengarahkan agar semua langkah yang perlu diambil untuk menyelamatkan mangsa dan meminimumkan kematian dan kecederaan.



http://malay.cri.cn/601/2013/04/20/123s139805_1.htm

Saturday, April 20, 2013

Li Na Terpilih Tokoh Paling Berpengaruh 2013 Times



Pemain tenis China, Li Na terpilih antara seratus tokoh yang paling berpengaruh pada tahun 2013 yang diumumkan oleh majalah Times AS semalam.

Li Na dicalonkan oleh bintang tenis AS, Chris Evert. Menurut beliau, sejak Lina menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Perancis pada tahun 2011, sukan tenis berkembang pesat di China dan menyebabkan bilangan pemain di negara itu mencatat 15 juta orang. Di samping itu, 116 juta penonton menonton pertandingan akhir Li Na di Perancis melalui televisyen, suatu yang tidak berlaku sebelum kejayaan Li Na. Kini, pengaruhnya tidak terhad dalam acara tenis sahaja.

Li Na kini menduduki tempat ke-5 dalam ranking tenis di dunia dan merupakan pemain terbaik di Asia.




http://malay.cri.cn/601/2013/04/19/102s139787.htm

Monday, April 15, 2013

Pameran Canton ke-113 Dirasmikan



Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-113 dirasmikan di Guangzhou hari ini.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi global yang semakin pulih, dan produk buatan China menghadapi cabaran besar dari dalam dan luar negeri, pelbagai langkah diambil untuk membantu syarikat China meningkatkan kelebihan sendiri sempena pameran tersebut.




Langkah pertama adalah melalui platform e-niaga Pameran Canton yang beroperasi bermula hari ini. Dengan wujudnya platform tersebut, informasi berkenaan dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Langkah kedua penganjuran pertandingan "Hadiah Reka Cipta Produk Eksport". Tujuan utama aktiviti tersebut adalah untuk meningkatkan taraf reka cipta syarikat China bagi menggalakkan penaiktarafan perdagangan luar.

Langkah ketiga pula adalah menggalakkan para peserta pameran mengundang pembeli untuk menyertai pameran berdasarkan keperluan masing-masing.




http://malay.cri.cn/601/2013/04/15/122s139663.htm

Wednesday, April 10, 2013

China-Australia Jalin Hubungan Rakan Strategik Saling Mempercayai dan Saling Menguntungkan



China dan Australia bersetuju menjalinkan hubungan rakan strategik yang saling mempercayai dan saling menguntungkan dan membentuk mekanisme pertemuan tahunan Perdana Menteri kedua-dua negara. Demikian diumumkan dalam pertemuan Presiden Xi Jinping dengan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di Boao, provinsi Hainan semalam.

Xi berkata, kepentingan bersama, kerjasama dan tanggungjawab bersama antara kedua-dua negara semakin meningkat dalam menghadapi situasi antarabangsa dan serantau yang semakin mencabar. China dan Australia memandang pihak lain sebagai rakan kerjasama yang bersifat strategik dan membina, menghargai kepentingan utama dan tumpuan pihak lain bagi menjalinkan hubungan bilateral yang saling menghargai, saling mempercayai dan saling menguntungkan. Xi berharap kedua-dua negara meningkatkan kerjasama, mempercepat rundingan perdagangan bebas, mewujudkan kepelbagaian perdagangan dan pelaburan supaya hubungan China-Australia dapat berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Xi berkata, kedamaian dan kestabilan merupakan tumpuan utama pelbagai negara Asia-Pasifik, termasuk China dan Australia. China dan Australia patut menjadi teladan bagi pelbagai pihak untuk menghargai trend pembangunan yang baik pada masa ini, sekali gus menggalakkan kerjasama Asia Timur.

Gillard pula menyatakan, Australia berharap menjadi pembekal sumber alam yang boleh dipercayai bagi China, meningkatkan pelaburan dan kerjasama dalam bidang pertanian dan perkhidmatan kewangan supaya perjanjian perdagangan bebas bilateral dimeterai dengan lebih cepat. Australia juga bersedia meningkatkan hubungan dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara serta mengekalkan komunikasi dan penyelasaran dengan China bagi memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.




http://malay.cri.cn/601/2013/04/08/102s139521.htm

Friday, April 5, 2013

Skuad Armada China Berlatih di Pasifik Barat


Satu skuad gerak pantas di bawah Armada Laut Selatan China yang terdiri daripada empat buah kapal perang mengadakan latihan menembak menggunakan peluru di Pasifik Barat petang semalam. Latihan tersebut bertujuan memeriksa fungsi sistem persenjataan dan taraf bertempur skuad berkenaan.


Berdasarkan kelaziman antarabangsa dan tentera laut pelbagai negara, armada China berhak menetapkan kawasan latihan sementara di lautan awam. Armada China akan terus mengadakan latihan antikeganasan, antilanun dan pemeliharaan kepentingan maritim di Pasifik Barat.



http://malay.cri.cn/601/2013/04/01/102s139371.htm