Pages

Monday, February 28, 2011

Persatuan Islam China (II)

Persatuan Islam China (IAC) terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Agama, Jabatan Hubungan Luar, Jabatan Pengurusan Jemaah Haji, Jabatan Pengkajian Kebudayaan Islam, Jabatan Sidang Pengarang Majalah Islam dan Jabatan Pentadbiran.



Jabatan Hal Ehwal Agama bertanggungjawab untuk mengendalikan pelbagai urusan tentang agama Islam di China, mengadakan majlis tilawatil Quran dan menilai masjid yang cemerlang di China di samping menyelia proses pengeluaran makanan halal dan barang kegunaan umat Islam syarikat-syarikat berkenaan.

Jabatan Hubungan Luar pula bertanggungjawab mengadakan pertukaran dan kerjasama antara umat Islam China dengan umat Islam negara asing. Ia mengendalikan urusan jemaah haji dengan menyempurnakan penyediaan makanan, penginapan dan pengangkutan kepada umat Islam China yang menunaikan fardu haji di Mekah. Beberapa tahun kebelakangan ini, beribu-ribu orang bakal haji berlepas dari Beijing dan Urumqi ke Mekah dengan menaiki kapal terbang sewa khas untuk menunaikan fardu haji pada setiap tahun.

Jabatan Pengkajian Kebudayaan Islam bertangungjawab mengadakan pengkajian tentang warisan dan tamadun Islam, terjemahan kitab al-Quran dan buku-buku pengetahuan Islam, mengadakan forum tentang pelbagai ilmu agama Islam seperti Fiqah, Tauhid, Sirah, Quran dan Hadis. Sejak tahun 1978, Persatuan Islam China telah menerbitkan kira-kira sejuta jilid buku-buku pengetahuan Islam seperti terjemahan al-Quran, kumpulan Teks Khutbah Jumaat, Hadis Pilihan Bukhari dan Muslimpenjelasan tentang kitab al-Quran dan Ensiklopedia Islam China.

Jabatan Penyuntingan Majalah Islam China bertangungjawab untuk menyunting dan menerbitkan Majalah Islam China dalam edisi bahasa Mandarin dan Uygur. Jumlah terbitan majalah tersebut mencatat lebih 40 ribu jilid. Selain itu, jabatan tersebut juga mengadakan pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai media Islam negara asing. 


Jabatan Pentadbiran bertanggungjawab mengendalikan urusan pentadbiran dalaman persatuan tersebut.

Institut pengajian Islam China yang ditubuhkan pada tahun 1955 merupakan badan pengajian agama Islam tertinggi yang dianjurkan oleh Persatuan Islam China. Institut itu bertanggungjawab untuk mendidik imam, ulama dan tenaga profesional Islam. Perpustakaan di institut itu merupakan satu-satunya perpustakaan Islam di China. Terdapat sejumlah besar al-Quran tulisan tangan dan buku-buku pengetahuan tentang agama Islam yang berharga disimpan dalam perpustakaan tersebut.

Beberapa tahun kebelakangan ini, IAC telah mencapai kemajuan yang besar dalam usaha mengembangkan agama Islam. Sidang Ketua-ketua Setiausaha Persatuan Islam Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Beijing pada tahun 1996 telah meluluskan resolusi mengenai pembangunan persatuan Islam di China, menyesuaikan perkembangan agama Islam dengan pembangunan sosialis China serta aktiviti menilai teladan masjid yang cemerlang. Sidang ke-3 Jawatankuasa Tetap ke-6 Persatuan Islam China yang diadakan pada tahun 1998 telah mengadakan perbincangan tentang perkembangan pendidikan Islam China. Sidang itu memutuskan untuk mengadakan musabaqah tilawatil Quran kebangsaan. Masjid di pelbagai tempat China mengemukakan calon untuk menyertai musabaqah tersebut. Pemenangnya akan dicalonkan untuk menyertai tilawatil Quran antarabangsa yang diadakan di Malaysia, Arab Saudi dan Mesir. Usaha itu amat berkesan untuk mengembangkan agama Islam di China serta meningkatkan pertukaran antara umat Islam China dengan umat Islam negara-negara asing.

IAC berusaha memimpin kerja persatuan Islam pelbagai tempat di China dan sering menghantar pegawainya ke kawasan-kawasan tersebut untuk mengetahui kehidupan umat Islam tempatan serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan agama.

Menurut statistik, seramai lebih 10 ribu orang pekerja berkhidmat untuk lebih 500 buah persatuan Islam di seluruh China.


http://malay.cri.cn/681/2009/01/19/102s94280_1.htm

Tuesday, February 22, 2011

Persatuan Islam China I

Persatuan Islam China ditubuhkan pada 11 Mei 1953 dan beribu pejabat di Beijing. Persatuan itu merupakan pertubuhan pertama bagi semua umat Islam di Republik Rakyat China. Ia memperlihatkan perpaduan antara penduduk Islam pelbagai etnik dan juga merupakan jambatan antara kerajaan dengan rakyat yang beragama Islam. Persatuan itu telah mengadakan 8 kali kongres kebangsaan sejak ditubuhkan lebih 50 tahun. Tujuan ditubuhkan Persatuan Islam China ialah bagi membantu kerajaan melaksanakan dasar bebas beragama, memelihara kepentingan semua umat Islam China, menjadi penghubung antara kerajaan dengan umat Islam, dan mempopularkan semangat patriotik di kalangan umat Islam. Di samping itu, ia bagi mengekalkan tradisi yang baik agama Islam, menangani hal ehwal mengenai agama Islam, mengembangkan agama Islam di China, dan menyesuaikan perkembangan agama Islam selaras dengan pembangunan masyarakat sosialis. Persatuan itu menyokong pimpinan Parti Komunis China, menggalakkan umat Islam menyertai pembangunan negara, berusaha mewujudkan masyarakat harmoni dan hidup sederhana, memelihara keharmonian antara pelbagai jenis agama, mematuhi standard etika masyarakat, meningkatkan perpaduan antara pelbagai etnik, memelihara kestabilan masyarakat dan penyatuan negara serta kedamaian dunia.


Persatuan Islam China bertanggungjawab untuk:

Pertama, menjalankan aktiviti agama dalam kawalan perlembagaan, undang-undang dan peraturan negara.

Kedua, memberi penjelasan tentang isu agama yang mendapat perhatian umat Islam.

Ketiga, mengembangkan pendidikan agama dan mendidik pekerja dalam bidang agama.

Keempat, mewarisi warisan kebudayaan Islam, mengadakan pengkajian tentang agama serta menerbitkan buku –buku pengetahuan Islam.

Kelima, mengadakan peraturan yang berkaitan hal ehwal agama Islam.

Keenam, mengawal urusan keagamaan persatuan Islam di pelbagai tempat dan mengadakan pertukaran antara satu sama lain.

Ketujuh, menggalakkan persatuan Islam di pelbagai tempat menjalankan aktiviti kebajikan untuk masyarakat.

Kelapan, menyediakan perkhidmatan menunaikan haji kepada umat Islam di pelbagai tempat China.

Dan kesembilan, meningkatkan persahabatan dan pertukaran lawatan antara umat Islam China dengan umat Islam negara-negara asing.


Rombongan Malaysia melawat ke Persatuan Islam China

Persatuan Islam China berusaha meningkatkan persahabatan dan pertukaran kebudayaan dengan negara-negara Islam serta pertubuhan Islam, badan pengajian agama dan tokoh-tokoh Islam negara-negara lain. Persatuan tersebut telah menjalin hubungan kerjasama yang baik dengan pelbagai pertubuhan Islam antarabangsa dan serantau dan giat menyertai pelbagai forum antarabangsa dan serantau tentang pengajian Islam serta persidangan Islam. Umat Islam China sentiasa menyokong usaha rakyat negara-negara Arab termasuk Palestin untuk memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara. Selain itu, Persatuan Islam China berusaha memelihara kedamaian dan keamanan di Asia dan seluruh dunia.

Sidang kongres Kebangsaan Islam yang diadakan 5 tahun sekali merupakan badan yang tertinggi bagi Persatuan Islam China. Wakil kongres itu dari seluruh China mendengar dan membahas laporan kerja Persatuan Islam China, membahas dan meluluskan resolusi yang dibentangkan serta rang pindaan program persatuan tersebut. Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Islam China bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diluluskan oleh persidangan kebangsaan dan menangani isu-isu yang penting. Jawatankuasa eksekutif mengadakan sidang setahun sekali. Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung bertanggungjawab tentang urusan harian persatuan tersebut dengan diberi amanah oleh jawatankuasa eksekutif.


http://malay.cri.cn/681/2009/01/12/125s94064.htm

Thursday, February 17, 2011

Perkembangan Agama Islam China Sejak Tahun 1978

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan pada tahun 1978, kehidupan umat Islam di China telah mengalami perubahan yang besar. Mereka bebas menjalankan amal ibadat dan perayaan keagamaan tanpa gangguan.

Jumlah penganut Islam China yang naik haji ke Mekah pula semakin bertambah. Sebelum ini, setiap kali muslim haji hanya beberapa orang sahaja yang dapat pergi ke Mekah, terlalu sedikit. Tetapi sekarang, jumlah tersebut telah mencapai lebih 10 ribu orang setahun. Hanya mereka yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh mampu membayar pelbagai jenis kos untuk menunaikan fordu haji ke Mekah. Lebih 10 ribu orang umat Islam tersebut dari seluruh pelosok negara China, termasuk Provinsi Hainan, provinsi yang paling selatan dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ini mencerminkan, hasil pembaharuan dan pintu terbuka telah membawa faedah kepada semua rakyat China dan juga mencerminkan kebebasan beragama di China. Ketika pertama kali bakal haji China muncul di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi dengan menaiki pesawat sewa khas China pada tahun 1989, Arab Saudi dan masyarakat antarabangsa merasa terkejut tetapi gembira dengan perkembangan tersebut.

Masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam. Dalam "Revolusi Kebudayaan Besar" dari tahun 1968 hingga 1978, hampir semua masjid di China ditutup. Malah, sebahagian daripadanya dirobohkan. Bagaimanapun, mulai tahun 1978, masjid-masjid tersebut beranur-ansur dibuka semula. Yang rosak teruk diperbaiki dan dipulihkan. Di beberapa kawasan kediaman muslim yang tiada masjid, masjid baru dibina untuk memudahkan umat Islam beribadat. Kini, di China terdapat lebih 35 ribu masjid.

Dengan pelaksanaan dasar kebebasan beragama, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidiladha atau Korban telah ditetapkan sebagai hari raya etnik oleh kerajaan. Ini juga mencerminkan pengiktirafan Parti Komunis China dan kerajaan China terhadap kepercayaan beragama penduduk Islam.

Perkembangan agama berkaitan rapat dengan kelahiran ramai tokoh profesional agama. Dulu, di China hanya terdapat sebuah kolej Islam yang mengeluarkan ahli akademik, iaitu Kolej Agama Islam China. Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, sebanyak lapan kolej Islam dibuka iaitu di Urumqi, Lanzhou, Yinchuan, Kunming, Zhengzhou, Shenyang, Shijiazhuang dan Beijing. Selain itu, China juga telah menghantar 10 orang pemuda melanjutkan pengajian muslim ke Universit Al-Azhar Mesir pada tahun 1982. Mulai tahun 1993, Persatuan Islam China menghantar 20 hingga 30 orang pemuda Muslim ke universiti tersebut setiap tahun untuk melanjutkan pengajian berdasarkan perjanjian pertukaran kebudayaan antara China-Mesir. Di samping itu, setiap tahun juga 5 orang Imam Masjid dihantar ke Universiti Al-Azhar untuk menyertai kursus selama tiga bulan. Langkah-langkah tersebut berperanan penting bagi membentuk tokoh profesional Islam dan meningkatkan kualiti umat Islam China.

Semua perubahan tersebut merupakan faedah yang dibawa oleh pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang dimulakan pada tahun 1978. Boleh di katakan, dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah memberi semula sinar gemilang kepada perkembangan agama Islam di China.


http://malay.cri.cn/681/2009/01/05/102s93807.htm

Friday, February 11, 2011

Tianjin Eco-City In China Designed By Surbana Urban Planning Group Set To Be Completed In 2020

The 30 square kilometer Eco-City in Tianjin, China is set to be completed in 2020. The Eco-project was designed by Surbana Urban Planning Group which will showcase the hottest new energy-saving technologies like wind and solar power, rainwater recycling and waste-water treatment/desalination of sea water.

International news sites reported that the Eco-City is expected to house 350,000 residents in Tianjin. The city was said to be divided in seven sectors which differ in terms of landscaping and programmatic offerings. A Lifescape, an Eco-Valley, a Solarscape, an Urbanscape, a Windscape, an Earthscape and Eco-Corridors.

Tianjin Eco-City is just a 10-minute drive from the business parks at the Tianjin Economic-Development Area. It was situated 150km from the Chinese capital of Beijing and 45km from Tianjin City.



The Eco-Valley, an 11-kilometer long man-made channel. Serving as a transit corridor from which a light rail transit system operates, allowing residents to easily commute within the site, as well as connect to neighbouring townships and surrounding developments. Image Credit: Surbana Urban Planning Group



The Solarscape will be the civic center. Located on the waterfront, the area will feature a floating stage for public events. Image Credit: Surbana Urban Planning Group


Aerial view of Urbanscape, the core of the Eco-City, featuring stacked programs interconnected by sky-bridges. Image Credit: Surbana Urban Planning Group


Saturday, February 5, 2011

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang Chengde


Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang dan kuil-kuil di sekitarnya di bandar Chengde, provinsi Hebei di bahagian utara China telah disenaraikan oleh UNESCO PBB sebagai Warisan Dunia pada tahun 1994.

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang di bandar Chengde yang terletak sejauh lebih 200 kilometer di sebelah timur laut Beijing merupakan taman peranginan maharaja Dinasti Qing pada musim panas. Taman itu mula dibina pada tahun 1703 dan mengambil masa 90 tahun untuk siap dibina. Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang Chengde menggabungkan keistimewaan seni bina bahagian utara dan bahagian selatan China, iaitu kemegahan dari bahagian utara China dan kecantikan dari bahagian selatan China.

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang merupakan taman diraja zaman feudal yang paling luas yang masih wujud sehingga sekarang di China. Taman itu terbahagi kepada 4 bahagian iaitu kawasan istana, kawasan tasik, kawasan padang rumput dan kawasan gunung. Kawasan istana merupakan tempat maharaja menguruskan hal ehwal pentadbiran negara, mengadakan upacara perayaan yang penting dan tempat penginapan. Terdapat banyak istana dan dewan yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza di kawasan seluas lebih 100 ribu meter persegi itu. Di kawasan tasik, terdapat 8 buah pulau kecil dan beberapa beting yang penuh dengan pokok hijau, pemandangan di situ seolah-olah pemandangan di bahagian selatan China, sehingga kawasan itu merupakan tempat pemandangan yang paling indah di taman peranginan itu. Kawasan padang rumput terletak di sebelah utara kawasan tasik. Di kawasan yang luas itu terdapat pepohon dan padang rumput. Kawasan yang paling luas ialah kawasan gunung, merupakan 4/5 daripada seluruh keluasan taman pernaginan itu. Di kawasan itu terdapat gunung, lereng gunung terjal dan lembah gunung yang dalam. Pemandangan alamnya sungguh indah.


Di lereng gunung di sebelah timur dan utara Taman Peranginan Diraja Bushushanzhuang, terdapat 8 buah kuil agama Buddha yang terkenal antaranya Kuil Pule, Kuil Puning dan Kuil Putuozongcheng. Kuil-kuil itu dibina berdasarkan seni bina asas kuil di kawasan etnik Han China yang menggabungkan keistimewaan seni bina bangunan etnik Mongol, Tibet dan Uygur. Misalnya Kuil Putuozongcheng yang mula dibina pada tahun 1767 merupakan kuil yang terbesar antara 8 buah kuil tersebut. Kuil itu dibina berdasarkan bentuk Istana Potala di bandar Lhasa, Tibet yang terkenal dan digelar sebagai Istana Potala Kecil. Kuil itu terdiri daripada 60 buah bangunan. Bangunan-bangunan tersebut dibina dengan teratur menurut tinggi-rendahnya lereng gunung, susunannya bukan sahaja rapi tetapi juga sesuai dengan bentuk bumi di sana. Bangunan utamanya Dahongtai setinggi 43 meter, sangat megah. Kuil Anyuan dibina berdasarkan seni bina Kuil Gurza di bandar Ili, Xinjiang. Bangunan-bangunan di 8 kuil itu telah memperlihatkan perpaduan pelbagai etnik pada zaman Dinasti Qing di China yang dianjurkan dan disokong oleh maharaja-maharaja Dinasti Qing. Selain itu, pembinaan bangunan-bangunan tersebut juga telah memainkan peranan pertukaran kebudayaan dan seni bina antara pelbagai etnik pada waktu itu.

Setelah Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang Chengde siap dibina pada tahun 1708, beberapa generasi maharaja Dinasti Qing telah menginap dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana pada musim panas setiap tahun, sebab suhu hawa di Chengde lebih rendah daripada Beijing pada musim panas. Dengan demikian, Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang juga terdapat banyak artifak bernilai peninggalan sejarah.