Pages

Tuesday, July 10, 2012

Hu Jintao Berunding dengan Raúl Castro

Presiden China, Hu Jintao mengadakan rundingan dengan Presiden Cuba, Raúl Castro di Beijing semalam. Hu Jintao berkata, China sedia bekerjasama dengan Cuba untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara.



Hu berkata, China akan meningkatkan koordinasi dengan Cuba dalam bidang pembaharuan PBB, perubahan iklim, mengekalkan pembangunan mapan untuk mewujudkan keharmonian dunia yang kekal damai, dan makmur bersama.

Hu juga memuji kejayaan Cuba dalam usaha pembangunan sosialisme, dan berkata China tetap menyokong Cuba dalam usaha memelihara kedaulatan negara dan menerapkan sosialisme yang beracuankan negara sendiri.



Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin menghadiri majlis penandatanganan perjanjian kerjasama ekonomi dan teknologi antara kedua-dua negara.



http://malay.cri.cn/601/2012/07/06/61s132307.htm

No comments:

Post a Comment