Pages

Monday, February 25, 2013

Pemimpin Baharu PKC Akan Galakkan Hubungan Tanah Besar dengan Taiwan



Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping ketika ditemui Pengerusi Kehormat Parti Guomintang, Lien Chan dan rombongannya di Beijing menegaskan, barisan pemimpin baharu PKC memikul tanggungjawab menggalakkan perkembangan secara damai hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan.


Xi menambah, interaksi dan kerjasama berdasarkan prinsip satu negara China perlu digalakkan, selain berusaha bersama-sama untuk memperkukuh dasar politik, ekonomi, budaya dan sosial bagi perkembangan damai kedua-dua pihak.

Lien Chan menyatakan bahawa mengembangkan hubungan kedua-dua pihak secara damai adalah jalan yang tepat dan tidak akan berubah.




http://malay.cri.cn/601/2013/02/25/26s138460.htm

No comments:

Post a Comment