Pages

Tuesday, May 24, 2011

Ningxia Giat Mendidik Tenaga Profesional yang Fasih Bertutur dalam Bahasa Arab

(Guru dari Sekolah Pengajian Bahasa Antarabangsa Muslim Ningxia kelihatan sedang memberi kuliah)

Wilayah Autonomi Hui Ningxia merupakan tempat kediaman bagi pelbagai etnik, antaranya, etnik Uygur, Dongxiang, Kazak, Salar, Bao'an dan etnik utamanya, Hui yang beragama Islam. Penduduk etnik Hui berjumlah 2.1 juta orang dan mewakili 36% daripada jumlah keseluruhan penduduk di wilayah itu. Mereka beragama Islam, dan menghantar anak-anaknya ke masjid atau sekolah bahasa Arab untuk belajar bahasa Arab.


(Pelajar-pelajar kelihatan sedang mendengar syarahan dalam bahasa Arab)

Dengan meningkatnya pertukaran antara China dengan negara-negara Arab pada tahun-tahun kebelakangan ini, permintaan tenaga kerja yang mahir berbahasa Arab semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, kerajaan Ningxia meningkatkan usaha dalam mendidik tenaga profesional yang fasih bertutur dalam bahsa Arab, dan menggalakkan institusi pengajian tinggi tempatan bekerjasama dengan negara-negara Islam di Asia Barat dalam bidang ini.



(Pelajar-pelajar kelihatan sedang membaca buku teks dalam bahasa Arab)

Sekarang, ramai penterjemah bahasa Arab yang dilatih di Ningxia bukan sahaja bertugas di bandar-bandar di China, malah bertugas di luar negara terutama negara-negara Asia Barat. Ada yang menubuhkan syarikat sendiri untuk berurus niaga dengan saudagar dari negara-negara Arab.


(Pelajr-pelajar kelihatan sedang membaca al-Quran)

Sekolah Pengajian Bahasa Antarabangsa Muslim Ningxia yang ditubuhkan pada tahun 2007, kini sudah mendidik dan mengasuh kira-kira 400 orang pelajar yang menguasai bahasa Arab. Antaranya 24 orang telah mengambil kerja di negara-negara Arab, 67 orang melanjutkan pengajian di Mesir dan lebih 200 orang bekerja di bandar Guangzhou dan Yiwu, China.



http://malay.cri.cn/681/2011/03/30/27s119307_1.htm

No comments:

Post a Comment