Pages

Monday, May 30, 2011

Wa' z Agama Islam di China


Suruhanjaya Panduan Urusan Agama Islam anjuran Persatuan Islam China ditubuhkan 10 tahun lalu. Ketua Pengarah Persatuan Islam China, Imam Chen Guangyuan berkata, pihaknya telah mencapai kejayaan dalam usaha menjelaskan tentang ajaran Islam kepada orang-orang Islam di China dalam tempoh 10 tahun lalu.

Beliau berkata, "Huraian ajaran juga disebut sebagai Wa'z dalam bahsa Arab yang bermaksud memberikan nasihat kepada orang ramai untuk melakukan pembuatan yang baik. Wa'z atau huraian ajaran agama adalah keperluan perkembangan agama Islam di China pada zaman ini. Kami mengkaji dan menghuraikan tentang ajaran Islam, bagi membangkitkan semangat Islam yang baik di China, mempelajari pemikiran masyarakat Islam antarabangsa yang memboikot idea puak pelampau, memelihara kemurnian agama Islam, serta memastikan agama Islam berkembang di China."


Wa'z termasuklah kandungan mengenai ajaran, fahaman, kesusilaan, etika dan moral, tazkirah, dakwah agama Islam, sejarah dan tamadun Islam, sirah nabi, dan kisah teladan.

Koleksi Ceramah Wa'z Edisi Baru terbitan Suruhanjaya Panduan Urusan Islam China tersebut yang berjumlah 260 ribu perkataan mengandungkan 46 karya dalam bahasa Mandarin dan bahasa Uygur. Sebanyak 800 ribu buah buku ini disumbangkan ke masjid pelbagai tempat di China.


Dalam pada itu, suruhanjaya itu juga aktif bekerjasama dengan pihak luar. Naib Ketua Pengarah Persatuan Islam China, Adiljan Haj Kerim berkata, "Kami beberapa kali melawat negara-negara Islam, seperti Mesir, Maghribi dan Syria, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai ajaran Islam dengan sarjana terkenal tempatan."

Menurut beliau, pihaknya juga memperkenalkan usaha Wa'z di China dalam Sidang Agama Islam Antarabangsa, termasuk bagaimana China mewujudkan budaya Islam, mengadakan ceramah Wa'z peringkat kebangsaan, Tilawah al-Quran, dan Program Imam Muda yang bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda Islam berwibawa. Usaha China mendapat sanjungan tinggi tokoh-tokoh agama di luar negara.



http://malay.cri.cn/681/2011/04/27/27s120215.htm

No comments:

Post a Comment