Pages

Monday, July 27, 2015

Xi Berucap dalam Sidang Kemuncak BRICS ke-7


Pertemuan Pemimpin Negara-Negara BRICS ke-7 dirasmikan di Ufa, Rusia semalam. Presiden China, Xi Jinping, Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Brazil, Dilma Rousseff, Perdana Menteri India, Narendra Modi. dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma turut hadir dalam sidang kemuncak itu. Mereka bertukar-tukar pandangan dan mencapai konsensus mengenai hubungan rakan BRICS, situasi antarabangsa dan kerjasama antara negara BRICS.


Xi Jinping menyampaikan ucaptama yang bertajuk "bersama-sama menjalinkan hubungan rakan untuk menciptakan masa depan yang cerah". Beliau telah mengenang kembali proses kerjasama dan mengemukakan hala tuju hubungan rakan negara-negara BRICS.


Menurut beliau, kita perlu meningkatkan hubungan rakan dan berusaha mencapai perkara-perkara berikut. Pertama, membina hubungan rakan yang sama-sama memelihara keamanan dunia; kedua, membina hubungan rakan yang membangun bersama; ketiga, membina hubungan rakan yang mengembangkan kepelbagaian tamadun; dan keempat, membina hubungan rakan demi meningkatkan tadbir urus ekonomi global.

Pemimpin kelima-lima negara telah membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Deklarasi Ufa dan pelan tindakan telah diumumkan selepas sidang kemuncak itu berakhir.



http://malay.cri.cn/601/2015/07/10/27s157486.htm

No comments:

Post a Comment