Pages

Saturday, September 7, 2013

Presiden Xi Temui Obama


Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di luar Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Saint Peterburg semalam.

Dalam pertemuan itu, Xi berkata, China akan mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di samping mempercepat transformasi struktur ekonomi. Hal ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada kerjasama dua hala.


Menurut beliau, China mengambil berat keprihatinan pihak AS terhadap isu akses pasaran dan perlindungan hak harta intelek. Dalam pada itu, AS patut melonggarkan sekatan terhadap pengeksportan produk berteknologi tinggi ke China dan berusaha menyediakan suasana yang adil kepada syarikat China yang melabur di AS.

Tambah beliau, Asia Pasifik antara rantau yang tertumpunya kepentingan bersama China-AS. Potensi kerjasama antara kedua-dua negara lebih banyak daripada percanggahan pendapat.



Obama pula menyatakan hasratnya untuk menjalinkan perkongsian yang menyeluruh dengan China dalam hal-ehwal Asia Pasifik serta memperkasakan kerjasama serantau. AS berharap perselisihan di rantau itu dapat diselesaikan melalui saluran diplomatik.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/07/21s143219.htm

No comments:

Post a Comment