Pages

Thursday, April 7, 2016

Inovasi, Reformasi, Pembangunan Tumpuan Sidang G20 Hangzhou


Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou akan memfokuskan inovasi, reformasi dan pembangunan demi melakar kejayaan baharu untuk mesyuarat yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) hari ini.

Wang berkata, pertumbuhan inovatif bakal menjadi topik utama dalam sidang kemuncak tersebut. Dengan mengambil peluang daripada revolusi perindustrian baharu dan ekonomi digital, cetakan biru baharu diharap dapat dihasilkan sebagai pemacu pembangunan ekonomi global. Dalam pada itu, reformasi struktur juga perlu diberikan penekanan.

Beliau turut menekankan pentingnya untuk menggalakkan entiti-entiti ekonomi utama mencapai persepakatan baharu dan bergabung tenaga untuk menggerakkan ekonomi global ke arah pemulihan yang lebih kukuh.

Tambah beliau lagi, China mengutamakan isu pembangunan dalam penyelarasan dasar makro, dan menggalakkan anggota-anggota G20 mengambil inisiatif bagi melaksanakan Agenda Pembangunan 

Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) demi mewujudkan pembangunan inklusif dunia.




http://malay.cri.cn/601/2016/03/08/21s161544.htm

No comments:

Post a Comment