Pages

Tuesday, April 12, 2016

Putin Ditemui Menteri Luar China


Presiden Rusia, Vladimir Putin ditemui Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang mengadakan lawatan ke Rusia di Istana Kremlin, Moscow semalam.

Putin menilai tinggi hubungan Rusia-China yang berkembang pada taraf yang tinggi. Beliau menyatakan, kedua-dua pihak perlu mempercepat kerjasama tentang projek yang penting, memperkasakan kerjasama dalam bidang sumber tenaga dan produk mekanik dan elektronik. Rusia mementingkan aktiviti "Tahun Pertukaran Media" kedua-dua negara. Pihaknya bersedia meningkatkan komunikasi dengan China dalam hal ehwal antarabangsa, dan bersama-sama memelihara norma asas tanggungjawab antarabangsa.

Wang menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 tercapainya Perjanjian Kerjasama China-Rusia Berdasarkan Persahabatan dan Semangat Kejiranan. China bersedia memegang kesempatan ini untuk secara menyeluruh memperkasakan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif China-Rusia. Rusia dijadikan keutamaan dalam diplomasi China tentang kerjasama luar. Skala dan kualiti ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara meningkat di bawah situasi ekonomi global yang berada dalam kemerosotan. Ini mencerminkan kerjasama dua hala yang pragmatik berpotensi besar. China yakin pada prospek pembangunan Rusia, dan bersedia terus meningkatkan taraf kerjasama berkenaan. China dan Rusia sebagai penggerak utama untuk memelihara keamanan, kestabilan, kesaksamaan, dan keadilan dunia, perlu terus meningkatkan penyelarasan strategik.

Selain itu, Wang juga mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang perkembangan kerjasama dialog dua hala, isu antarabangsa dan serantau termasuk isu Syria ,dan isu Semenanjung Korea yang bersama-sama diprihatinkan, dan mencapai persepakatan yang luas.



http://malay.cri.cn/601/2016/03/12/123s161614.htm

No comments:

Post a Comment