Pages

Wednesday, August 6, 2014

China Beri Lima Cadangan Penyelesaian Konflik Israel-Palestin


Menteri Luar China, Wang Yi memberi lima cadangan tentang penyelesaian konflik Israel-Palestin dalam sidang akhbar setelah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Shukri semalam.

Pertama, Israel-Palestin perlu merealisasikan gencatan senjata termasuk serangan udara dan tindakan ketenteraan darat berdasarkan perlindungan keselamatan rakyat dan keamanan serantau.

Kedua, China menyokong cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Mesir.

Ketiga, punca konflik kedua-dua pihak ialah masalah mengenai kedudukan Palestin yang tidak dapat diselesaikan secara adil dan rasional. China sentiasa menyokong tuntutan rasional rakyat Palestin untuk menubuhkan negaranya sendiri. Pelbagai pihak Israel dan Palestin perlu mengadakan rundingan semula dengan secepat mungkin.

Keempat, Majlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab sewajarnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin kerana isu ini berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa juga perlu bekerjasama untuk mendorong kewujudan kedamaian Israel-Palestin.

Kelima, situasi kemanusiaan di Palestin terutamanya di kawasan Gaza perlu diberi perhatian. China akan menghulurkan dana bantuan kemanusiaan kecemasan sebanyak USD 1.5 juta kepada rakyat Gaza.

Menteri Luar Shukri menghargai lima cadangan tersebut dan berkata pendirian China sama dengan pendirian Mesir. Masyarakat antarabangsa perlu mengalu-alukan suara China dan beliau menantikan peranan penting China dalam penyelesaian konflik Palestin-Israel.



http://malay.cri.cn/601/2014/08/04/122s150877.htm

No comments:

Post a Comment