Pages

Thursday, January 8, 2015

Musim Pelancongan Ais dan Salji Kanas ke-8 di Xinjiang


Musim Pelancongan Ais dan Salji ke-8 Kanas,wilayah Xinjiang telah dirasmikan di tempat peranginan Hemu pada 1 Janurari lalu.


Aktiviti musim pelancongan ais dan salji kali ini turut disambut oleh petani dan penggembala pelbagai etnik tempatan dan pelancong dari pelbagai tempat China. Mereka menonton perlumbaan kuda di padang yang dilitupi salji dan persembahan adat resam tradisional etnik Kazakh dan orang Tuva etnik Mongolia.


Sejak diadakan pada tahun 2008, Musim Pelancongan Ais dan Salji Kanas telah menjadi salah satu pesta yang agak istimewa di wilayah Xinjiang, bahkan di seluruh China. Pada tahun 2014, kampung Hemu dipilih sebagai salah satu antara sepuluh kampung nostalgia di China.





http://malay.cri.cn/601/2015/01/04/241s153785.htm

No comments:

Post a Comment