Pages

Monday, December 5, 2011

Pencapaian Tamadun Islam di China

Islam mempunyai warisan yang kaya di China. Islam mula sampai di China dari negara-negara Arab pada zaman Dinasti Tang iaitu dalam tahun 651 Masihi. Walaupun umat Islam terbahagi kepada dua puak yang besar, iaitu puak Sunnah dan Syiah, namun, umat Islam di China kebanyakannya tergolong dalam puak Syiah. Setelah tersebar sekian lama dan mengalami perkembangan dan perubahan dalam suatu jangka masa yang panjang, Islam yang bercirikan China telah terbentuk. Melaluinya wujudlah jambatan yang menghubungkan ekonomi, budaya dan persahabatan antara China dengan negara-negara Arab. Penyebaran agama Islam yang paling luas dalam sejarah China telah berlangsung pada zaman Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907), Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279) dan Dinasti Yuan (tahun 1271 hingga 1368). Sehingga zaman Dinasti Ming (tahun 1368 hingga 1644), 10 etnik minoriti China telah menganut beragama Islam, iaitu etnik Uygur, etnik Hui, etnik Kazak, etnik Tajik, etnik Uzbek, etnik Kirgiz, etnik Tatar, etnik Salar, etnik Dongxiang dan etnik Bonan. Agama Islam memberikan pengaruh yang besar kepada etnik-etnik tersebut, khususnya dalam bidang sejarah, budaya, etika, moral, gaya hidup dan adat resam. Pertembungan Islam dan budaya tradisi China telah menambah kandungan khazanah yang amat berharga kepada budaya dan sejarah China.


Persatuan Islam China ditubuhkan di Beijing pada tahun 1953. Persatuan ini merupakan pertubuhan kebangsaan yang berfungsi untuk memastikan pelaksanaan dasar bebas beragama kerajaan dipatuhi, memupuk semangat patriotik di kalangan umat Islam, menyebarkan ajaran dan amalan agama Islam, melindungi hak dan kepentingan umat Islam yang sah, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengekalkan kestabilan sosial, penyatuan negara dan kedamaian dunia. Namun, dalam tempoh Revolusi Kebudayaan yang dimulakan pada tahun 1966, semua aktiviti keagamaan terpaksa dihentikan, masjid-masjid di merata tempat juga menghadapi ancaman yang teruk. Setelah Revolusi Kebudayaan berakhir pada tahun 1976, kerajaan China bukan sahaja menyusun semula dasar yang berkaitan dengan isu-isu etnik minoriti dan keagamaan, malah menjalankan semula dasar bebas beragama untuk menggalakkan perkembangan pelbagai agama.

No comments:

Post a Comment