Pages

Wednesday, March 30, 2011

Pengerusi Mao Zedong dan Etnik Hui


Lebih 70 tahun lalu, komander tentera Mao Zedong yang kemudian menjadi Pengerusi Parti Komunis China yang menubuhkan Republik Rakyat China pernah bertemu dengan Imam terkenal pada masa itu, Ma Dehai di Kampung Shanjiaji, Kaunti Xiji, Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Peristiwa itu berlaku pada 5 Oktober 1935 ketika Pasukan Pertama Tentera Merah yang dipimpinnya tiba di Kampung Shanjiaji dengan mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk etnik Hui. Mao Zedong telah diminta membuat ucapan sepontan kepada penduduk tempatan yang mengalu-alunya. Pada malam itu, Imam Ma Dehai mengundang Mao Zedong untuk makan bersama di masjid dan kemudian bersama-sama membincangkan situasi semasa pada masa itu. Ketika berada di masjid, Mao Zedong memberi sepuluh hadiah untuk Imam menurut adat resam tempatan. Hadiah-hadiah tersebut diisi dalam sebuah beg kulit. Keesokan harinya, Tentera Merah meninggalkan Shanjiaji untuk meneruskan Long March. Beg kulit pemberian Mao Zedong itu telah dipandang sebagai harta yang paling berharga oleh keluarga iamm tersebut dan sekarang telah diturunkan kepada cucunya, Ma Linxiang.


Sebenarnya ini merupakan kali kedua, Tentera Merah datang ke Shanjiaji. Sebelum ini, Tentera ke-25 Tentera Merah yang dipimpin oleh Wu Huanxian, Cheng Zihua dan Xu Haidong berada selama lebih sebulan di kampung itu kerana strategi peperangan. Satu sepanduk yang tertulis "etnik Han dan Hui mesra seperti saudara sekeluarga" masih disimpan dengan baik. Sepanduk itu dihadiahkan oleh Cheng Zihua kepada Masjid Shanjiaji. Ini dirasakan sebagai satu penghormatan dari Tentera Merah dan Imam Ma Dehai membalasnya dengan beliau sendiri melawat kem tentera ke-25 Tentera Merah dengan membawa beberapa hadiah. Beliau menyedari bahawa Tentera Merah merupakan pasukan tentera yang berjuang untuk kepentingan orang awam di China. Oleh itu, penduduk etnik Hui menjalinkan hubungan mesra dengan pasukan tentera tersebut.

Masjid Shanjiaji dibina pada tempoh pentadbiran Maharaja Zhu Yuanzhang, Dinasti Ming (1368-1398) oleh sekumpulan penganut Islam yang berhijrah dari bandar Jinan Provinsi Henan. Pada pemerintahan dinasti Qing, masjid ini diperbaiki oleh penduduk etnik Hui yang berhijrah dari provinsi Shaanxi. Masjid Shanjiaji merupakan masjid yang mempunyai sejarah paling lama di kawasan sekitar wilayah tersebut. Masjid itu boleh dikatakan masjid yang paling unik di seluruh dunia. Ini kerana di depan Masjid Shanjiaji terdapat sebuah monumen yang di atasnya ditulis perkataan yang memperingati Pengerusi Mao Zedong dalam bahasa Mandarin dan Arab. Menegakkan monumen bukan kerana Allah di Masjid tidak diizinkan menurut ajaran agama Islam, tetapi sempena ulang tahun ke-100 kelahiran Pengarusi Mao, etnik Hui tempatan menyatakan kekaguman dan rasa terima kasih terhadap beliau melalui cara tersebut.

Pada tahun 1936, Tentera Merah sekali lagi datang ke Shangjiaji dan menubuhkan Kerajaan Autonomi Etnik Hui Shangjiaji di masjid. Pada 20 Oktober tahun itu, Tentera Merah menubuhkan Kongres Rakyat Autonomi Etnik Hui Yuhai di Masjid Kaunti Yuhai, tidak jauh dari Shanjiaji. Kerajaan Autonomi Etnik Hui Kaunti Yuhai ditubuhkan dalam kongres tersebut. Ini merupakan percubaan kali pertama dasar autonomi di kawasan etnik dan memberi pengalaman berharga bagi pelaksanaan dasar wilayah autonomi etnik minoriti setelah penubuhan Republik Rakyat China.

Long March Tentera Merah berakhir di Yan'an Provinsi Shaanxi. Yan'an menjadi pengkalan reformasi China. Pada bulan Ogos tahun 1937, Jawatankuasa Pusat Parti komunis China mengemukakan "Sepuluh Garis Panduan untuk Menyelamatkan Negara dan Menentang Pencerobohan Jepun" yang dengan jelas menyeru etnik Hui dan pelbagai etnik minoriti lain bersatu padu dengan etnik Han agar bersama-sama menentang pencerobohan Jepun. Sebelum ini, di Yan'an tidak ada Masjid. Disebabkan tertarik dengan konsep reformasi Tentera Merah, ramai penduduk etnik Hui dari seluruh negara berkumpul di Yan'an untuk menyokong usaha reformasi Tentera Merah. Pada 7 Oktober tahun 1940, sebuah masjid disiapkan di Yan'an. Mao Zedong telah menulis prasasti "masjid" dengan bahasa Mandarin. Ini merupakan julung-julung kalinya Pengerusi Mao Zedong menulis prasasti untuk sebuah tempat ibadat.



http://malay.cri.cn/681/2009/04/20/102s97645_1.htm

No comments:

Post a Comment