Pages

Thursday, March 22, 2012

Taman Gunung Berapi yang Paling Indah di China


Taman gunung berapi ialah kawasan pelancongan khas yang bertemakan "menikmati keajaiban letusan gunung berapi". Wudalianchi di provinsi Heilongjiang, Datong di provinsi Shanxi, Yutian di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, dan Tengchong di provinsi Yunan digelar "Empat Taman Negara Gunung Berapi yang Terbesar" di China. Taman gunung berapi di bandar Haikou, provinsi Hainan amat menarik kerana ia merupakan taman gunung berapi yang tunggal di bandar tropika yang berpulau, dan menjadi taman gunung berapi yang kelima terbesar di seluruh negara.


1. Taman Negara Kumpulan Gunung Berapi Tengchong


Oleh sebab Taman Negara Kumpulan Gunung Berapi Tengchong terletak di tepi plat Eurasia, maka kerak bergerak aktif, dan gempa bumi kerap berlaku di kawasan tersebut. Semasa gempa bumi yang dahsyat berlaku, tanah runtuh dan magma mengalir ke permukaan bumi. Selepas gempa bumi berhenti, magma menyejuk dan menjadi beberapa gunung berapi yang bentuknya unik. Menurut penyelidikan sains, kumpulan gunung berapi Tengchong merupakan gunung berapi yang tipikal, dan salah satu kumpulan gunung berapi yang paling muda di seluruh dunia. Ia digelar "Muzium Geografi Gunung Berapi" semula jadi.




2. Taman Gunung Berapi Wudalianchi – Buku Teks Gunung Berapi



Wudalianchi merupakan warisan aktiviti gunung berapi "Kuarternari" yang bernilai kepada manusia. Taman ini merupakan destinasi pelancongan antarabangsa yang komprehensif termasuk pelancongan ekologi, penjagaan kesihatan dan penyelidikan sains. Taman ini bukan sahaja amat bermakna bagi manusia dalam bidang sains biologi dan perkembangan geografi, tetapi juga mempunyai nilai hiasan dan praktikal yang istimewa.



Wudalianchi terdiri daripada lima tasik empangan yang bergabung dan digelar "mata air" dan "air suci" di seluruh dunia. Ia mempunyai sejarah perubatan yang berusia lebih seribu tahun dan juga berfaedah bagi kesihatan manusia.





http://malay.cri.cn/621/2012/03/01/123s128685_2.htm

No comments:

Post a Comment