Pages

Tuesday, March 27, 2012

Perayaan Hari Noruz


Persembahan Muqam Daolang 2012 diadakan di padang budaya kaunti Maigaiti, Xinjiang sempena Hari Noruz. Hari Noruz merupakan perayaan tradisional etnik Uygur, Kazak, Uzbek, Tatar, Tajik dan Kirgiz yang menganut agama Islam di Xinjiang. Seramai 600 artis dari 10 desa di sekeliling kaunti menyertai pertandingan Muqam Daolang, salah satu warisan budaya bukan benda peringkat kebangsaan "Seni Muqam Uygur China" yang disenaraikan dalam warisan budaya bukan benda peringkat dunia.

Persembahan selama tiga hari ini terdiri daripada pertandingan nyanyian Daolang, tarian Daolang, pameran lukisan petani Daolang, pameran alat muzik Daolang, dan pameran pakaian Daolang tempatan.

Hampir seribu penonton turut menyaksikan 26 artis tempatan terpilih sebagai pewaris warisan budaya bukan benda kaunti Maigaiti.

Sejak tahun lalu, kaunti Maigaiti memilih dua dan tiga orang pewaris setiap tahun. Pewaris peringkat kebangsaan, wilayah, daerah dan kaunti selain menikmati gaji turut diberikan elaun sebanyak seribu hingga empat ribu setahun oleh kaunti itu.

Aimaier Wusman, 70 tahun, salah seorang pewaris Muqam Daolang selepas selesai mengadakan persembahannya menunjukkan sekeping gambar kepada wartawan, "Gambar ini diambil pada tahun 1964. Orang yang berdiri di belakang mendiang Pengerusi Mao Zedong itu ialah saya. Ketika itu saya baru berumur 22 tahun." Menurutnya, pewarisan budaya Daolang bergantung kepada golongan muda. Beliau kini mempunyai 200 pelajar.



http://malay.cri.cn/381/2012/03/27/27s129374.htm

No comments:

Post a Comment