Pages

Monday, September 15, 2014

Forum Davos 2014 Dibuka Tirai


Mesyuarat Tahunan Pelopor Baharu 2014 yang juga dikenali sebagai Forum Davos Musim Panas dibuka tirainya di bandar Tianjian, utara China semalam.


Perdana Menteri Li Keqiang menyampaikan ucapan di depan sejumlah 1,600 wakil dari kalangan akademik, politik dan perniagaan serta lebih 500 pemberita dari dalam dan luar negeri yang berkumpul di Pusat Persidangan dan Pameran Meijiang di Tianjin.

Li berkata, inovasi besar maknanya bagi China dan seluruh dunia. Ekonomi China yang mengekalkan pertumbuhan yang sihat dan berterusan dipacu oleh usaha pembaharuan dan inovasi.

Beliau dalam ucapanya menggariskan rangka hala tuju pembangunan ekonomi domestik bagi tempoh empat bulan selanjutnya tahun ini dari segi strategik, iaitu memantapkan pertumbuhan, menggalakkan pembaharuan, menyusun semula struktur, menambah baik kesejahteraan rakyat dan mencegah risiko



http://malay.cri.cn/601/2014/09/11/125s151553.htm

Wednesday, September 10, 2014

Seri Paduka Mulakan Lawatan di Beijing


Menurut laporan UTUSAN, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat tiba untuk lawatan negara selama tiga hari ke Beijing, China bermula kelmarin.Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang diiringi Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh selaku menteri pengiring serta pegawai kanan kerajaan, disambut oleh Timbalan Menteri Luar China, Qian Zhongshan, Duta Besar Malaysia di China, Datuk Iskandar Sarudin dan Duta Besar China di Malaysia, Huang Huikang.

Seri Paduka berdua turut menerima penghormatan daripada kawalan hormat terdiri daripada 36 anggota Angkatan Tentera China.

Datuk Iskandar berkata, lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke China merupakan undangan Presiden China Xi Jinping selain membalas lawatan Xi ke Malaysia pada Oktober tahun lepas. Lawatan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang terjalin lebih 700 tahun lalu dan secara diplomatik terjalin selama 40 tahun.

Seri Paduka berdua akan berangkat ke Hangzhou pada hari Sabtu untuk meneruskan lawatan selama tiga hari di sana.



http://malay.cri.cn/901/2014/09/05/102s151468.htm

Friday, September 5, 2014

YOG di Nanjing Berakhir


Majlis penutupan Sukan Olimpik Belia Musim Panas (YOG) kedua di Nanjing, provinsi Jiangsu.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri majlis tersebut. Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam ucapannya menyampaikan rasa terima kasih kepada kerajaan China, Jawatankuasa Penganjuran YOG Nanjing serta para sukarelawan.


Seramai hampir 3,800 orang atlet dari 204 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia menyertai 28 buah acara besar dan 222 buah acara kecil dalam YOG kali ini.

Selaku tuan rumah YOG kali ini, kontinjen China yang terdiri daripada lebih 120 orang atlet mencapai prestasi yang cemerlang dalam acara bola sepak perempuan, olahraga, renang, ping pong dan tenis.

YOG Musim Panas ketiga akan diadakan di Buenos Aires, ibu negara Argentina pada tahun 2018.



http://malay.cri.cn/601/2014/08/29/241s151351.htm