Pages

Friday, October 8, 2010

Diberikan peluang untuk berkahwin dengan MUALAF

                                                                                                
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terkesan apabila membaca luahan hati seorang mualaf dan lebih terkesan apabila memikirkan dengan siapa mereka bersaudara untuk meneruskan kehidupan hingga akhir hayat. Kita pun tahu, iman itu ada kalanya tinggi dan rendah. Perlu ada saudara, teman dan sahabat untuk memberikan peringatan.

Kita baca sama-sama luahan hatinya:

Kerana yakin ku dengan islam, aku tinggalkan ibu bapaku, aku tinggalkan kampung halaman ku hanya kerana Islam yang bersinar di hati ini. segala kesukaran aku tempuh dengan tabah bagi mencari cahaya yang telah dilimpahkan oleh Allah di hati ini.

Kerana aqeedah aku tinggalkan jahiliyah,
Kerana aqeedah aku terus berkelana,
Kerana aqeedah aku berjuang mencari kebenaran,
Kerana aqeedah aku terus menuntut ilmu agar menuntun aku kepada ALLAH YANG ESA.

Hidayah Allah, cukup berharga dan membahagiakan. Islam nya aku bukan kerana keturunan...

Nasihat buat Yang Baru Menerima Hidayah dan kepada yang telah lama mendapat hidayah...

Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.

Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.

Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.

Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah. Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri.

Selain itu cara mengukuhkan aqeedah, menikahi mereka juga merupakan satu cara membantu mengukuhkan aqeedah mereka. Maka ummi buka satu topik di laman web Halaqahnet untuk mendapatkan padangan sekiranya diberikan peluang menikahi atau bernikah dengan mereka.

Kita kongsi untuk membacanya:

Sekiranya anda diberikan peluang untuk berkahwin dengan mualaf, adakah anda setuju atau menolak. Jawaplah dengan tulus.

Adakah masih anda mahu melihat rupa parasnya, duit dalam bank dan keturunannya. Jika anda membuat bandingan pada agama, agamanya sudah pasti kurang dari anda sebab anda dah 20 tahun lebih berada di dalam agama Islam sedangkan dia baru setahun jagung.

Mahukah anda menjadi pembimbing kepada mereka sekiranya diberikan calon MUALAF?

Sumber: http://bhalaqah.blogspot.com/2010/10/diberikan-peluang-untuk-berkahwin.html

1 comment: