Pages

Saturday, October 12, 2013

Kanak-kanak Dua Tahun Sudah Ada Kesedaran Mesra Alam


Seorang kanak-kanak yang hanya berusia dua tahun sudah menyedari bahawa sampah sarap mesti dibuang ke dalam tong sampah.

Selepas habis meminum sebotol minuman, kanak-kanak ini berjalan menuju ke arah tong sampah. Walaupun tersandung pada rantai besi dan terjatuh, namun dia tetap bersusah-payah memanjat untuk membuang botol minuman itu ke dalam tong sampah.

Gambar ini kini menjadi sensasi internet di China, sekali gus menimbulkan perbincangan hangat orang ramai terhadap kesedaran dan amalan mesra alam serta adab ketika melancong.



http://malay.cri.cn/601/2013/10/07/21s143952.htm

Monday, October 7, 2013

Xi Jinping Menghadap Yang di-Pertuan Agong


Presiden China, Xi Jinping semalam telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Malaysia.

Xi Jinping berkata, rakyat China menghargai usaha Baginda dalam membantu menjalinkan hubungan diplomatik China-Malaysia pada tahun 1974, iaitu semasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5. Seiring dengan perkembangan globalisasi dan kemajuan sosial yang berorientasikan maklumat, China dan Malaysia mempunyai kaitan yang semakin rapat dalam mengejari masa depan yang cerah. Saya bersama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak memutuskan akan meningkatkan hubungan China-Malaysia kepada Hubungan Rakan Strategik Komprehensif. Kita berikrar membuahkan hasil yang lebih besar dalam perkembangan hubungan China-Malaysia supaya dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah menyatakan lawatan Xi Jinping ke Malaysia mencerminkan persahabatan yang kukuh antara kedua-dua negara dan pasti akan meningkatkan hubungan bilateral ke satu tahap yang lebih tinggi.



http://malay.cri.cn/901/2013/10/05/42s143920.htm

Wednesday, October 2, 2013

Jumlah Perdagangan China-Malaysia Cecah USD 100 Bilion


Menurut maklumat dari Kaunselor Kedutaan Besar China di Malaysia, Lin Dong baru-baru ini, jumlah perdagangan antara China dengan Malaysia mencatat USD70 bilion pada 2011, manakala angka tersebut meningkat kepada USD 94.7 bilion pada tahun lalu dan dijangka mencecah USD100 bilion pada tahun ini.

Menurut Lin, Malaysia merupakan rakan perdagangan  ketiga terbesar bagi China di rantau Asia selepas Jepun dan Republik Korea, dan rakan perdagangan terbesar bagi China di rantau Asia Tenggara. Dengan ini, beliau menyatakan keyakinan bahawa perkembangan hubungan kerjasama China-Malaysia akan membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua pihak.

Lin turut melahirkan harapan agar lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia tidak lama lagi akan mendorong hubungan persahabatan kedua-dua negara berkembang dengan lebih sihat.



http://malay.cri.cn/901/2013/10/01/122s143827.htm