Ibadat haji pada tahun ini dijatuh pada 23 hingga 27 Oktober. Menurut statistik, seramai 13,800 orang umat Islam China menunaikan fardu haji pada tahun ini. Mereka yang berasal dari bandar Lanzhou, Beijing, Yinchuan, Urmuqi, Kunming dan lain-lain, menaiki 41 penerbangan sewa khas pergi ke Arab Saudi.
Biro Agama Negara
China dan Persatuan Agama Islam China mengambil beberapa tindakan dalam aspek
pengangkutan, perubatan dan penginapan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih
memuaskan hati kepada jemaah haji ini.
Menurut Pengarah Jabatan Pengawalan Masjid Besar Dongguan, bandar Xining, provinsi Qinghai, Ma Zhi, "Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, taraf hidup rakyat China meningkat, sekali gus jumlah umat Islam yang mampu menunaikan fardu haji juga meningkat. Hampir seramai 2,000 orang umat Islam dari provinsi Qinghai menunaikan fardu haji pada tahun ini."
Terdapat seramai 20
juta orang umat Islam di China. Kebanyakan mereka tinggal di Xinjiang, Qinghai,
Gansu, Yunnan dan Ningxia. Menurut pegawai Biro Agama Negara China, pihaknya aktif
bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memastikan kesemua penerbangan
sewa khas selamat mendarat di Mekah. Ini membantu mengurangkan keletihan jemaah
haji China. Harga tiket penerbangan juga hampir sama seperti tahun lalu.
Persatuan Islam China menghantar
delegasi yang terdiri daripada 60 orang pegawai, memilih lebih 200 orang umat
Islam yang berpengalman luas dari pelbagai provinsi berkenaan, dan 100 orang
imam untuk memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada umat Islam yang menunaikan
fardu haji. Persatuan Islam China juga menghantar kumpulan perubatan yang
terdiri daripada 52 orang doktor serta bekalan pelbagai jenis ubat-ubatan dan
alat perubatan.
http://malay.cri.cn/381/2012/10/30/27s135487.htm
No comments:
Post a Comment