Pages

Thursday, February 17, 2011

Perkembangan Agama Islam China Sejak Tahun 1978

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan pada tahun 1978, kehidupan umat Islam di China telah mengalami perubahan yang besar. Mereka bebas menjalankan amal ibadat dan perayaan keagamaan tanpa gangguan.

Jumlah penganut Islam China yang naik haji ke Mekah pula semakin bertambah. Sebelum ini, setiap kali muslim haji hanya beberapa orang sahaja yang dapat pergi ke Mekah, terlalu sedikit. Tetapi sekarang, jumlah tersebut telah mencapai lebih 10 ribu orang setahun. Hanya mereka yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh mampu membayar pelbagai jenis kos untuk menunaikan fordu haji ke Mekah. Lebih 10 ribu orang umat Islam tersebut dari seluruh pelosok negara China, termasuk Provinsi Hainan, provinsi yang paling selatan dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ini mencerminkan, hasil pembaharuan dan pintu terbuka telah membawa faedah kepada semua rakyat China dan juga mencerminkan kebebasan beragama di China. Ketika pertama kali bakal haji China muncul di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi dengan menaiki pesawat sewa khas China pada tahun 1989, Arab Saudi dan masyarakat antarabangsa merasa terkejut tetapi gembira dengan perkembangan tersebut.

Masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam. Dalam "Revolusi Kebudayaan Besar" dari tahun 1968 hingga 1978, hampir semua masjid di China ditutup. Malah, sebahagian daripadanya dirobohkan. Bagaimanapun, mulai tahun 1978, masjid-masjid tersebut beranur-ansur dibuka semula. Yang rosak teruk diperbaiki dan dipulihkan. Di beberapa kawasan kediaman muslim yang tiada masjid, masjid baru dibina untuk memudahkan umat Islam beribadat. Kini, di China terdapat lebih 35 ribu masjid.

Dengan pelaksanaan dasar kebebasan beragama, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidiladha atau Korban telah ditetapkan sebagai hari raya etnik oleh kerajaan. Ini juga mencerminkan pengiktirafan Parti Komunis China dan kerajaan China terhadap kepercayaan beragama penduduk Islam.

Perkembangan agama berkaitan rapat dengan kelahiran ramai tokoh profesional agama. Dulu, di China hanya terdapat sebuah kolej Islam yang mengeluarkan ahli akademik, iaitu Kolej Agama Islam China. Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, sebanyak lapan kolej Islam dibuka iaitu di Urumqi, Lanzhou, Yinchuan, Kunming, Zhengzhou, Shenyang, Shijiazhuang dan Beijing. Selain itu, China juga telah menghantar 10 orang pemuda melanjutkan pengajian muslim ke Universit Al-Azhar Mesir pada tahun 1982. Mulai tahun 1993, Persatuan Islam China menghantar 20 hingga 30 orang pemuda Muslim ke universiti tersebut setiap tahun untuk melanjutkan pengajian berdasarkan perjanjian pertukaran kebudayaan antara China-Mesir. Di samping itu, setiap tahun juga 5 orang Imam Masjid dihantar ke Universiti Al-Azhar untuk menyertai kursus selama tiga bulan. Langkah-langkah tersebut berperanan penting bagi membentuk tokoh profesional Islam dan meningkatkan kualiti umat Islam China.

Semua perubahan tersebut merupakan faedah yang dibawa oleh pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang dimulakan pada tahun 1978. Boleh di katakan, dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah memberi semula sinar gemilang kepada perkembangan agama Islam di China.


http://malay.cri.cn/681/2009/01/05/102s93807.htm

No comments:

Post a Comment