Pages

Tuesday, July 31, 2012

Pasar Raya Xinjiang Dibanjiri Pelancong

Bulan Julai merupakan musim keemasan bagi pelancongan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Pasar Raya Antarabangsa Xinjiang dibanjiri para pelancong dari dalam dan luar negara China.


Pelancong kelihatan sedang mengambil foto di Pasar Raya Xinjiang.


Dua pelancong asing sedang berbincang dengan pemandu pelancong mengenai garisan pelancongan.


Para pelancong kelihatan sedang memilih cenderamata yang mempamerkan keunikan Xinjiang.




http://malay.cri.cn/381/2012/07/31/27s133132.htm

Wednesday, July 25, 2012

Kerajaan Bertindak Cemas Atasi Banjir


Menurut Jabatan Penyelamat Bencana Kementerian Hal-Ehwal Awam China, bencana banjir yang melanda Beijing pada 21 Julai yang lalu telah mengakibatkan 37 orang maut dan tujuh orang lagi hilang.



Jawatankuasa Mengatasi Bencana Negara dan Kementerian Hal-Ehwal Awam telah melaksanakan tindakan kecemasan peringkat ke-4 untuk mengatasi bencana tersebut.


Pegawai kanan dari badan-badan berkenaan telah berkejar ke tapak bencana di bandar Beijing dan provinsi Hebei untuk memantau operasi menyelamat.





http://malay.cri.cn/601/2012/07/23/41s132852.htm

Friday, July 20, 2012

30 Kapal Nelayan China Tiba di Kepulauan Nansha


30 buah kapal nelayan dari provinsi Hainan, China berlabuh di perairan berhampiran Terumbu Karang Yongshu di Kepulauan Nansha petang semalam selepas belayar selama 78 jam.


Kumpulan kapal nelayan terbesar tersebut belayar dari Pelabuhan Sanya, Hainan pada 12 Julai dan akan menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan tersebut selama lima hingga sepuluh hari.


Kapal pentadbiran perikanan China, Yuzheng 310 juga sudah tiba di perairan itu untuk melindungi kegiatan perikanan.


China memiliki hak kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha yang ditadbir di bawah pentadbiran bandar Sansha, Hainan.





http://malay.cri.cn/601/2012/07/16/241s132630.htm