Pages
Friday, July 20, 2012
30 Kapal Nelayan China Tiba di Kepulauan Nansha
30 buah kapal nelayan dari provinsi Hainan, China berlabuh di perairan berhampiran Terumbu Karang Yongshu di Kepulauan Nansha petang semalam selepas belayar selama 78 jam.
Kumpulan kapal nelayan terbesar tersebut belayar dari Pelabuhan Sanya, Hainan pada 12 Julai dan akan menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan tersebut selama lima hingga sepuluh hari.
Kapal pentadbiran perikanan China, Yuzheng 310 juga sudah tiba di perairan itu untuk melindungi kegiatan perikanan.
China memiliki hak kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha yang ditadbir di bawah pentadbiran bandar Sansha, Hainan.
http://malay.cri.cn/601/2012/07/16/241s132630.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment