Rombongan belia China yang terdiri daripada 100 orang melawat Indonesia baru-baru ini.
Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia mengadakan jamuan makan malam untuk menyambut ketibaan mereka di Jakarta kelmarin.
Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng yang turut hadir dalam majlis makan malam itu menyatakan harapan agar rombongan belia China mengadakan komunikasi dengan rakyat pelbagai lapisan masyarakat Indonesia termasuk sekolah, syarikat serta jabatan sejarah dan budaya supaya mendapat pemahaman terhadap negara itu. Pada masa yang sama, beliau juga mengundang lebih ramai kawan dari Indonesai untuk melawat ke China bagi memahami China yang sedang mengamalkan dasar pintu terbuka dan pembaharuan serta membangun secara damai dan mendekati rakyat China yang ramah tamah.
Semasa berucap dalam majlis itu, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Roy Suryo pula berkata, kerjasama Indonesia-China dalam bidang politik, ekonomi dan budaya semakin mendalam dan mengekalkan trend perkembangan yang baik. Lawatan rombongan belia China kali ini akan menintensifkan pertukaran belia yang diputuskan secara sebulat suara oleh pemimpin kedua-dua negara. Menurut beliau, terdapat ratusan pertubuhan belia di Indonesia, mereka berhasrat menjalinkan hubungan kerjasama yang pragmatik dengan pertubuhan belia China dengan peluang ini.
http://malay.cri.cn/901/2014/06/13/102s149688.htm
No comments:
Post a Comment