Forum Perdagangan Asia Timur ke-6 dan Sidang Majlis Perdagangan Asia Timur ke-28 diadakan di bandar Haikou, provinsi Hainan, China semalam.
Lebih 400 orang pegawai, sarjana serta wakil pertubuhan antarabangsa, persatuan perdagangan dan syarikat dari 16 buah negara, termasuk China, Republik Korea, Jepun, India, Australia, New Zealand dan ASEAN telah menghadiri forum dan sidang kali ini.
Naib Pengerusi Majlis Penggalakkan Perdagangan Antarabangsa China, Yu Ping berpendapat, dialog, penyelarasan dan kesalingbergantungan antara negara-negara Asia Timur semakin ditingkatkan, selain kerjasama ekonomi dan perdagangan telah mencapai hasil yang cemerlang. Dalam rangka ASEAN+6, kalangan pengusaha industri dan perdagangan Asia Timur secara positif menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan akan terus berusaha untuk menjayakan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau(RECP).
Naib Gabenor Provinsi Hainan, Li Guoliang memaklumkan, sejak perasmian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada tahun 2010, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Hainan dengan ASEAN berkembang pesat. Pada suku pertama tahun ini, jumlah perdagangan bilateral telah mencatat RMB4.74 bilion, meningkat 58.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antaranya, pengimportan produk pertanian dan pengeksportan minyak meningkat dengan ketara. Menurut beliau, pelan pembangunan "Jalan Sutera Laut" yang dicadangkan oleh pemimpin China akan menyediakan peluang pembangunan yang baharu kepada Hainan.
No comments:
Post a Comment