Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Beijing semalam.
Xi dalam pertemuan itu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Australia yang menghulurkan bantuan kepada China dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, sambil menambah bahawa China akan meneruskan usaha pencarian tersebut.
Ketika memberikan taklimat berhubung usaha pencarian pesawat MH370 itu, Abbott berkata bahawa China antara negara yang paling awal mengerahkan kapal ke koridor selatan untuk melalukan operasi pencarian. Australia akan terus mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dengan China dalam operasi berkenaan.
Semasa menghadiri jamuan makan tengah hari di Shanghai semalam, Abbott berkata, "Kami yakin lokasi kotak hitam pesawat MH370 berada dalam lingkungan beberapa kilometer. Namun hal ini tidak bermakna kami dapat mengesan bangkai pesawat di dasar laut sedalam hampir 4.5 kilometer, dan seterusnya mengetahui apa yang telah berlaku dalam pesawat tersebut." Beliau turut menyifatkan pencarian kali ini sebagai "operasi yang paling sukar dalam sejarah manusia."
http://malay.cri.cn/601/2014/04/12/21s148226.htm
No comments:
Post a Comment