Menurut maklumat dari Kaunselor Kedutaan Besar China di Malaysia, Lin Dong baru-baru ini, jumlah perdagangan antara China dengan Malaysia mencatat USD70 bilion pada 2011, manakala angka tersebut meningkat kepada USD 94.7 bilion pada tahun lalu dan dijangka mencecah USD100 bilion pada tahun ini.
Menurut Lin, Malaysia merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar bagi China di rantau Asia selepas Jepun dan Republik Korea, dan rakan perdagangan terbesar bagi China di rantau Asia Tenggara. Dengan ini, beliau menyatakan keyakinan bahawa perkembangan hubungan kerjasama China-Malaysia akan membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua pihak.
Lin turut melahirkan harapan agar lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia tidak lama lagi akan mendorong hubungan persahabatan kedua-dua negara berkembang dengan lebih sihat.
http://malay.cri.cn/901/2013/10/01/122s143827.htm
No comments:
Post a Comment